top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Karnival Konvo UKM 2019 Tampilkan Kelainan

Oleh: Amni Amirah Izzati Binti Mohd Afandi

Penyunting: Zarith Sofea Binti Zawawi


BANGI, 20 Oktober - Penganjuran Majlis Konvokesyen UKM tahun ini ternyata lebih istimewa dan bersejarah berbanding tahun sebelumnya apabila kira-kira 500 peserta dijangka menyertai larian UKM Konvo Run 2019 yang akan diadakan pada 26 Oktober ini di Dataran Gemilang Universiti Kebangsaan Malaysia.


Program anjuran MotoShoot Media Sdn Bhd dengan kerjasama Khazanah-UKM dan Sekreteriat Karnival Konvoksyen UKM itu diadakan sempena Majlis Konvokesyen UKM yang ke-47.


Jurucakap urus setia larian, Syadzril Mohamad berkata “Larian ini diadakan bagi meraikan Majlis Konvokesyen UKM yang ke-47 juga sebagai acara pembukaan kepada Karnival Konvokesyen UKM kali ini.”


Larian UKM Konvo Run 2019 ini akan melibatkan tiga kategori, antaranya ialah 3 km, 6 km dan 9 km dengan yuran penyertaan hanya RM50 untuk individu dan RM45 bagi berkumpulan. Kesemua peserta layak menerima baju larian, pingat, goodies bag, e-sijil penyertaan serta cabutan bertuah disediakan.


"Kami sebagai penganjur utama sepakat bersama pihak UKM untuk mengadakan acara larian ini sebagai kelainan bagi Majlis Konvokesyen UKM tahun ini. Alhamdullilah, kami menerima 500 penyertaan tetapi orang ramai masih berpeluang untuk menyertai UKM Konvo Run 2019 secara walk-in pada hari larian.” katanya di sini, hari ini.


Tambahnya lagi, acara larian santai ini turut memberi peluang kepada Alumni UKM, kakitangan dan pelajar UKM untuk bersama-sama meraikan acara graduasi pelajar UKM.

Syadzril Mohamad berkata, Karnival Konvokesyen UKM ini akan berlangsung selama enam hari bermula 31 Oktober hingga 5 November ini.


Acara larian UKM Konvo Run 2019 merupakan kali pertama diadakan sebagai kelainan sempena Karnival Konvokesyen UKM yang ke-47. Selain itu, acara larian ini akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kewangan, YB Dato Ir Haji Amiruddin Bin Hamzah.


Barangan dagangan (merchadise) sempena Karnival Konvokesyen UKM ke 47 akan turut dijual. Orang ramai yang berminat boleh layari laman sesawang ini https://form.jotform.me/92860730721456.


Maklumat lanjut, layari laman web kakijersi.com dan laman Facebook UKM Konvo Run 2019.

52 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page