top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Kebenaran Rentas Negeri Punca Masyarakat Makin Alpa?

Oleh : Anis Shafeera

Penyunting : Nabilah Abdul Rahman

Sumber : Harian Metro

BANGI, 8 Dis - Kebenaran rentas negeri yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob 5 Disember lalu menyebabkan masyarakat mengambil peluang merentas negeri untuk bercuti bersama keluarga.


Kebenaran rentas negeri yang bermula pada 7 Disember ini menyebabkan rata-rata masyarakat menjadi semakin tidak sabar untuk ‘bercuti’ dan menjadi semakin lalai terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.


Tinjauan pihak Nadi Bangi mendapati masyarakat yang tinggal di kawasan perkampungan rata-rata tidak mengikut SOP yang telah ditetapkan. Mereka mengambil mudah dengan tidak memakai pelitup separuh muka sewaktu berada di kawasan orang ramai. Kebanyakkan daripada mereka adalah golongan yang berisiko tinggi seperti warga emas dan bayi.


Menurut Nur Syafiqha, 24, salah seorang pengunjung yang menghadiri majlis perkahwinan sahabatnya di kawasan perkampungan di Terengganu berasa takut dan kecewa dengan masyarakat yang kurang kesedaran terhadap virus yang menular ini. Beliau tidak menjangka ada juga masyarakat Malaysia yang mengambil mudah dan bertindak seakan tiada apa-apa yang berlaku.


“Sewaktu saya datang ke kawasan itu hanya beberapa keluarga sahaja yang memakai mask dan saya tidak menjangka sebegini sekali sikap masyarakat Malaysia”


“Di tempat makan juga ada juga penjual makanan yang tidak memakai mask dan apabila saya menegur beliau seperti tidak suka akan teguran saya” katanya lagi.


Ismail Senik, 68, berkata “saya melihat keputusan kerajaan untuk membuka sempadan negeri ini bagus, tetapi masyarakat kita perlu memastikan sentiasa menjaga penjarakkan sosial kerana virus ini mudah merebak jika kita tidak mematuhi SOP”.


Menurut salah seorang pengguna Facebook bernama War Joe berkata “alhamdulillah boleh balik kampung..tapi kurang setuju kawasan PKPB boleh keluar daerah dan rentas negeri juga..risiko tinggi tu nak keluar masuk zon hijau merah semua..tolong buat perincian semula..kesian orang-orang tua di kampung,orang-orang berisiko tinggi dan lain-lain”.


Memetik pesanan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat kesihatan yang sering ditekankan serta patuhi SOP sebagai norma baharu. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya akan dilaksanakan secara berterusan.


Masyarakat perlu mengambil berat akan SOP ini bagi mengelakkan daripada virus ini menular dengan lebih cepat dalam kalangan masyarakat di Malaysia.

58 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page