top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Kedutaan Indonesia Bantu Pekerja Indonesia Di Kampus UKM

Updated: Jun 18, 2021

Oleh: Ariq Ibnu

Penyunting: Andrew Bong


Sumber: Unit Tindakan Pantas Bantuan KBRI


BANGI, 14 Jun - Kedutaan Besar Republik Indonesia ( KBRI )di Kuala Lumpur memberi sumbangan keperluan kepada para Tenaga Kerja Indonesia ( TKI ) yang memerlukan bantuan kemanusiaan selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilaksanakan.


KBRI bersama badan bukan kerajaan (NGO) ikut terlibat dalam membantu kegiatan kesukarelawanan dalam memberikan sumbangan bantuan dan salah satu bantuanya kepada para pekerja indonesia yang tersekat di dalam kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Menurut Imran Ariel ( 35 tahun ) “Bantuan dari KBRI di rasa sangat bagus dan sangat membantu dalam meringankan beban saya selama pandemik ini”.


Imran Ariel adalah salah satu tenaga kerja indonesia yang berada di kampus UKM yang sangat memerlukan bantuan “Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua sukarelawan kerana program edaran bantuan dapat dijalankan dalam kampus UKM”.


Menurut Pengetua sukarelawan tindakan pantas , Tengku Adnan “ seluruh bantuan yang telah disumbangkan bersumber daripada pemerintah Indonesia melalui KBRI Kuala Lumpur dan program bantuan ini telah dimulai daripada tarikh 1 jun hingga sekarang.


Tengku Adnan adalah sukarelawan NGO daripada Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI ) yang ikut terlibat aktif dalam membantu KBRI untuk mengumpulkan data seluruh pekerja Indonesia yang ingin memohon bantuan.


“ Atas kerja para sukarelawan di unit tindakan pantas bantuan, para pekerja indonesia dapat menerima bantuan dengan cepat kerana unit ini yang bertugas untuk memastikan semua permohonan bantuan dari para pekerja indonesia dapat didaftarkan.”


“Dimaklumkan juga bahawa di beberapa wilayah para sukarelawan telah siap sedia untuk mengedarkan bantuan kepada para TKI di kawasan tempat mereka tinggal menggunakan pengangkutan yang sudah disediakan oleh KBRI.


“Menurutnya tidak ada syarat dan ketentuan yang terlalu mencabar untuk membuat permohonan bantuan bagi para pekerja tersebut, yang paling penting ialah mereka adalah warga negara indonesia yang sangat memerlukan, oleh kerana itu kami hanya akan mendata nama penuh, nombor IC atau paspot , nombor telefon dan alamat kediaman mereka.


“Setakat ini berdasarkan data dari KBRI jumlah bantuan yang sudah diagihkan telah mencapai lebih daripada 10,000 pakej untuk wilayah di sekitar kuala lumpur, selangor, putrajaya , perak, kelantan dan Terengganu. Keenam negeri tersebut menjadi wilayah utama bagi pemberian sumbangan bantuan”.


“Harapan untuk seterusnya adalah agar jumlah bantuan yang diberikan oleh pemerintah ditambah dan masa program bantuan ini dapat dilanjutkan sehingga penghujung PKP.

42 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page