top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Kegilaan BTS Meal Mengakibatkan Penutupan McDonald Indonesia

Oleh: Fatiha Mahmood

Penyunting: Haziq Maricar


Sumber: Google


INDONESIA, 13 Jun - BTS kumpulan fenomena muzik global dari Seoul Korea, bukan sahaja menjadi carta dengan single terbarunya ‘Butter’, tetapi juga membuat peminat tergila-gila ketika mereka berusaha mendapatkan BTS Meal, kolaborasi band dengan McDonald's telah membuatkan orang ramai di Indonesia tidak keruan sehingga membuatkan keadaan cawangan McDonald’s di negara berkenaan tidak lagi terkawal.


Di Indonesia, disebabkan makan di kedai tidak dibenarkan kerana pandemik, telah menyebabkan terdapat banyak permintaan online. Polis di Jakarta mengatakan bahawa sebanyak 32 cawangan ditutup sementara terdapat penutupan lebih lagi di bahagian lain di negara itu.


"Terdapat 6 outlet di wilayah Jakarta Pusat, 6 outlet di Jakarta Barat, 5 outlet di Jakarta Utara, 9 outlet di Jakarta Selatan dan 6 outlet di Jakarta Timur," kata pihak berkuasa, yang menyatakan outlet McDonald melanggar protokol kesihatan yang ditetapkan.


"Kami buat sementara waktu menutup empat dari enam kedai McDonald's di Semarang selama beberapa hari dan saya tidak mahu Semarang berada di zon merah Covid-19 lagi." kata Fajar Purwoto, ketua agensi ketenteraman awam bandar.


Rangkaian makanan segera antarabangsa McDonald's berganding tangan dengan kumpulan K-Pop baru-baru ini untuk hadir dengan makanan istimewa, yang terdiri daripada 10 keping McNugget, kentang goreng bersaiz sederhana, air minuman serta disertakan dengan dua pilihan sos istimewa, sweet chili dan chajun , diumumkan di 50 negara di seluruh dunia . Di setiap negara, peminat BTS, yang dikenali sebagai ARMY, berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan bukan sahaja makanan ringan tetapi juga pembungkus ungu, yang disesuaikan khusus dengan warna fandom.


McDonald's Indonesia mengingatkan peminat BTS bahawa makanan menu istimewa BTS akan masih tersedia hingga bulan berikutnya, dan oleh itu tidak perlu terburu-buru dan bimbang kehabisan produk ini.


Sebaliknya, Indonesia BTS Army melancarkan kempen khas untuk mengucapkan terima kasih kepada Grabfood rider yang berdiri selama beberapa jam untuk mendapatkan makanan mereka.


Menurut The Star, kumpulan peminat memulakan pengumpulan dana melalui laman web crowdfunding Kitabisa, untuk pemandu Grabfood rider yang membantu menyampaikan pembelian makanan McDonald edisi khas mereka.


Derma yang dibuat oleh ARMY bertajuk "Menyambut Makan BTS & Ulang Tahun BTS Dengan Berbagi" mencapai angka sebanyak Rp 70 juta kira-kira RM 20000 sejak pertama kali dikeluarkan dalam waktu 24 jam, kata laporan itu.

7 views0 comments

Comentários

Avaliado com 0 de 5 estrelas.
Ainda sem avaliações

Adicione uma avaliação
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page