Nadi Bangi
Kehadiran Artis Istimewa Menggegarkan Panggung Seni Kali Ini
Penulis : Nur Farzana Binti Ali Hassan
Penyunting : Neng Yi Qian

Sumber foto : Instagram Perwakilan Mahasiswa India, UKM
BANGI, 9 Mei – Perwakilan Mahasiswa India (PMIUKM) telah menjemput artis ternama seperti Yuvaraj Krishnasamy, Nirmala Tharmarajan, Hemaji dan lain-lain bagi program ‘Malam Teater Kesenian kali ke-6’. Program ini bakal diadakan di Panggung Seni, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada hari Jumaat 19 Mei ini, bermula jam 7 malam sehingga 11 malam.
Program teater ini adalah bertujuan untuk menyediakan platform bagi pelajar menonjolkan bakat mereka dalam bidang pementasan teater terutamanya bagi pelajar kaum India. Selain itu, objektif teater kesenian ini adalah untuk memperkenalkan kesenian dan kebudayaan masyarakat India dan mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar UKM.
Sebanyak 10 pelajar UKM tempatan mengambil bahagian dalam teater kesenian pada tahun ini. Kebanyakkan daripada mereka merupakan pelajar yang tidak mempunyai pengalaman dalam belakon. Ini kerana pihak penganjur ingin mengambil semua pelakon dan ahli krew pelajar tahun satu untuk memberi peluang kepada bakat baru.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Perwakilan Mahasiswa India di sosial akuan Instagram beliau menawarkan harga tiket yang berpatutan iaitu berharga RM10 kepada pelajar UKM dan orang awam yang ingin membeli dan melihat lakonan teater tersebut.
Menurut Ketua Pengarah Program Malam Teater Kesenian, Ummadarishini Ravichandran, pelajar tahun 2 jurusan komputer sains beliau berkata tema drama pada tahun ini adalah mengenai kesedaran alam sekitar. Beliau juga berkata bahawa ini adalah suatu keunikkan kerana selain dari mempromosi kesenian dan kebudayaan masyarakat India ia mampu memberi pengetahuan terhadap alam semulajadi lebih mendalam.
“Kisah cerita bagi teater ini adalah berfokuskan kepada pencemaran dan tapak perindustrian yang tidak memberi pengurusan yang baik dan ini akan menyebabkan masalah kesihatan. Beliau memberi judul drama tersebut “THAAMATHAM”, yang bermaksud lambat dalam Bahasa Tamil”
“Kami juga menyediakan sinopsis cerita bagi penonton yang tidak faham Bahasa Tamil pada malam itu. Ini dapat memudahkan lagi pemahaman kaum lain yang menyaksikan persembahan pada malam tersebut serta memudahkan penonton mendalami persembahan kami,” ujarnya.
Manakala, Timbalan Ketua Program Malam Teater Kesenian, Kumutha Santharan yang juga merupakan pelajar Komunikasi Media tahun 2 berkata bahawa mereka akan menyediakan makanan untuk penonton. Selain itu, pihak penganjur juga akan membawa anak-anak yatim tersebut untuk datang hadir melihat persembahan teater tersebut.
Maklumat mengenai Malam Teater Kesenian boleh dapatkan menerusi laman sosial rasmi Instargam: @mtkvi.2023 atau @pmiukm.