top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

KEHADIRAN KORA KORA MATCHA MEMERIAHKAN LAGI KAB FOODFIESTA 2023

Penulis : Muhammad Zul Nazim

Penyunting : Muhammad Khairul Idzuan Bin Kaharuddin


Sumber foto : Imran bin Mohd Yusof

BANGI, 9 Mei – Karnival KAB FoodFiesta 2023 yang dianjurkan oleh Kolej Aminuddin Baki bakal berlangsung pada 9 Mei sehingga 11 Mei di Dataran K4 Kolej Aminuddin Baki, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan menawarkan pelbagai senarai vendor yang menarik terutama sekali ‘Kora Kora Matcha’ yang bakal menjadi tarikan utama pengunjung.


Antara punca utama Kora Kora Matcha menjadi tumpuan utama bagi Karnival FoodFiesta ini adalah kerana pengasas utamanya iaitu Hanif Jamal atau lebih dikenali sebagai @Brgsjk di akaun Twitter miliknya turut hadir memeriahkan suasana. Hanif Jamal merupakan seorang pempengaruh yang dikenali oleh pengguna-pengguna Twitter telah menjadi tarikan utama pengunjung yang berkunjung ke karnival itu.


Menurut Ketua Pengarah Program Keusahawanan dan Inovasi, Fatima Dina Ahmad Nabil, pelajar dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (tahun 2), karnival ini diadakan bagi membawa kelainan makanan dan minuman serta pelbagai vendor luar bagi semua pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia agar dapat merasainya.


“Tarikan utama kami adalah daripada vendor Kora Kora Matcha, kerana pengasas bagi jenama minuman itu adalah seorang pempengaruh Twitter yang agak dikenali oleh ramai orang.


“Selain daripada nama pengasas Kora Kora Matcha yang dikenali ramai, produk minumannya juga sangat sedap kerana minuman matcha itu sendiri mempunyai rasa krimer yang sangat premium dan harganya juga berpatutan setanding dengan kualiti dihidangkan,” ujarnya.


“Sambutan pada hari pertama juga sangat memberangsangkan kerana ramai daripada pengunjung bukan hanya sahaja daripada penghuni Kolej Aminuddin Baki, namun ramai juga yang hadir dari kolej-kolej yang lain,” tambahnya lagi.


Antara vendor popular yang turut memeriahkan FoodFiesta ini adalah Chef Tako, Ngopi, Kopi Dua Darjat dan banyak lagi yang akan berkampung di Dataran K4 Kolej Aminuddin Baki selama 3 hari bermula daripada hari Selasa sehingga Khamis.


Selain itu, FoodFiesta ini akan dilanjutkan sehingga jam 11 malam kerana ingin menarik ramai lagi pengunjung yang ingin berkunjung pada waktu malam, sebagai langkah untuk memeriahkan lagi karnival tersebut.



6 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page