top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Kejohanan Futsal Meriahkan Karnival Konvo

Oleh: Fathur Rezky Zuliyus Penyunting: Shafiq Muslim


Sumber: Urusetia Kejohanan Futsal Karnival Konvo

BANGI, 11 Nov – Sebanyak 13 pasukan yang telah menyertai Kejohanan Futsal Karnival Konvo yang diadakan di gelanggang sukan Kolej Ungku Umar, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) , Bangi, pada 3 November lepas.


Perlawanan futsal ini dijalankan untuk memeriahkan lagi Karnival Konvokesyen UKM yang ke-47, Kejohanan Futsal Karnival Konvo ini telah menawarkan hadiah yang berupa wang tunai untuk johan, naik johan dan tempat ketiga berserta sijil untuk semua peserta yang menyertai pertandingan tersebut.


“Tujuan futsal ini dibuat pertama sekali adalah untuk mengamalkan gaya hidup sihat dalam kalangan warga UKM, ianya juga dapat mengeratkan hubungan ukhwah antara semua pemain di samping dapat mencungkil bakat-bakat pemain sekaligus membantu untuk memeriahkan lagi karnival konvokesyen kali ini” kata Muhammad Azman Bin Azmi, 22, yang merupakan salah seorang urusetia pertandingan futsal tersebut.


Kejohanan kali ini juga menampilkan kelainan dengan membuka penyertaan kepada pasukan mahasiswa UKM daripada pelajar Indonesia dan hal ini telah membuatkan Kejohanan Futsal Karnival Konvo kali ini berbeza berbanding kejohanan futsal yang telah dijalankan sebelum-sebelum ini.


“Saya sangat gembira kerana dapat menyertai futsal karnival konvokesyen ini. Saya dan pasukan saya telah membuat persiapan awal dengan membuat latihan setiap minggu dan dan juga saya sangat bersyukur kerana kejohanan futsal kali ini membenarkan pelajar luar negara untuk turut mengambil bahagian”, kata Muttaqin Amri, 24, yang merupakan salah seorang peserta daripada pelajar Indonesia yang mengikuti pertandingan tersebut.


“Bagi saya pertandingan ini sangat baik kerana dapat membantu mengisi masa lapang saya dengan hobi kegemaran saya iaitu bermain futsal. Saya rasa sangat berbaloi untuk menyertai pertandingan ini kerana yuran pendaftarannya cukup murah berbanding daripada pertandingan futsal lain yang saya telah sertai di samping hadiah yang ditawarkan juga agak lumayan”, kata Nasa Yunos, 22, yang juga merupakan seorang pemain futsal.


Kejohanan Karnival Futsal Konvo telah menutup tirainya pada hari yang sama dengan tempat johan dimenangi oleh MM FC yang telah menerima hadiah RM 500, naib juara dimenangi oleh MIKA FC yang membawa pulang wang sebanyak RM 200, manakala pemenang tempat ketiga ialah PRINTO FC mendapat hadiah RM 100.

20 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page