top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Kejohanan tarian singa UKM kembali beraksi

Updated: May 11, 2023

Penulis : Neng Yi Qian

Penyunting: Nur Farzana Binti Ali Hassan


Sumber foto : Facebook Sekretariat Pesta Ang Pow, UKM


BANGI, 1 Mei - Selepas dua tahun berhenti akibat Covid-19, kini pertandingan “Kejohanan tarian singa” yang dianjurkan oleh Sekretariat Pesta Ang Pow kembali beraksi semula di Dewan Gemilang, Universiti Kebangsaan Malaysia pada 7 Mei 2023 ini.


Pertandingan tarian singa adalah bertujuan untuk meningkatkan pemahaman budaya dan mengkonstrukkan budaya masyarakat Cina dengan pelajar-pelajar yang berbilang kaum di UKM serta orang awam.


Tarian singa atau "Wu Shi" yang disebut dalam bahasa Mandarin merupakan sebahagian daripada tarian tradisional dalam warisan masyarakat Cina, dengan persembahan ini, masyarakat Cina percaya akan membawa tuah kepada mereka jika persembahan diadakan di rumah kediaman atau premis perniagaan masing-masing.


Sebanyak 12 pelajar UKM tempatan dan antarabangsa menyertai pertandingan tersebut. Mereka akan dibahagikan kepada 4 pasukan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan kali ini. Kebanyakkan daripada mereka merupakan pelajar yang tidak mempunyai pengalaman tarian singa.


Namun begitu, pihak penganjur telah menyediakan jurulatih bagi setiap penari singa untuk mempelajari teknik dan pergerakan tarian tersebut dengan memakai kostum singa.


Pengerusi jawatankuasa penganjur, Yeap Jiann Chyuan (Sarjana Muda Komputer Sains, 2) berkata, setiap peserta telah mendapat jurulatih tarian singa yang berpengalaman dari Persatuan Kesenian Gui Qing Negeri Sembilan.

“Pihak kami telah menganjurkan kem latihan talian singa selama tiga hari dua malam untuk para penari singa bagi memberikan pendekatan tentang tarian singa. ”

"Peminat tarian singa pastinya dapat menonton kemeriahan kejohanan yang berlangsung pada minggu ini kerana setiap penari singa telah bersedia dan bersemangat untuk menjuarai kejohanan tarian kali ini”

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Pesta Ang Pow, Universiti Kebangsaan, harga tiket tersebut adalah RM 15 bagi pelajar UKM dan RM25 untuk orang awam. Mereka boleh mendapatkannya dari halaman Facebook Sekretariat Pesta Ang Pow, UKM.

"Setiap pasukan akan menunjukkan aksi tarian singa di atas pentas yang disediakan dengan diberikan masa selama 6-8 minit untuk melakukan persembahan."

“Setiap persembahan tarian singa mempunyai cerita dan identiti masing-masing, seperti singa melawan harimau atau laba-laba, dan juga melibatkan dewa kekayaan “Cai Shen” untuk mempersembahkan bersama-sama," berhujahnya lagi.

Kumpulan yang menjuarai Kejohanan Tarian Singa akan membawa pulang wang tunai bernilai RM700. Sementara itu, naib juara pula akan membawa pulang wang tunai bernilai RM500.



84 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page