Oleh : Nabilah Abdul Rahman
Penyunting : Anis Shafeera
Sumber : Kelas Woodball UKM
Pembelajaran dalam talian atau dikenali sebagai odl adalah Online Distance Learning iaitu belajar daripada rumah atau dimana sahaja kita berada tanpa berkumpul di dalam dewan kuliah seperti kebiasaan. Ini telah menjadi satu norma yang baharu kepada semua pelajar seluruh Malaysia supaya mengurangkan jangkitan Covid-19. Namun begitu, tidak semua mampu bergerak seiring dengan teknologi sedia ada memandangkan semasa di universiti atau institut pengajian kemudahan banyak disediakan kepada pelajar.
Disebabkan itu, pelajar kurang mendapat rujukan dan kemudahan seperti kemudahan mengakses internet yang laju di universiti, rujukan bahan di perpustakaan, bahkan semangat untuk belajar dan bersaing juga hilang. Di samping ekonomi yang tidak stabil juga memberi impak kepada sesetengah pelajar apabila ibu bapa mengalami masalah kewangan. Ini menyebabkan prestasi dan motivasi pelajar menurun ketika odl. Pelajar juga banyak menghabiskan masa dengan perkara-perkara lain apabila berada di rumah seperti bermain game, menonton drama atau filem, lepak dan tidur sepanjang masa.
Menurut Voxue Article, menunjukkan bahawa penutupan sekolah memberikan impak yang negatif terhadap durasi pembelajaran. Kebiasaannya, jumlah jam belajar di sekolah adalah 7 ke 8 jam tetapi menurun ke 3 atau 4 jam sehari apabila belajar daripada rumah.
Ketika menyertai webinar yang dianjurkan oleh pelajar pusat citra tahun 3, Nadi Bangi telah mendapat beberapa langkah untuk kekalkan cara belajar secara dalam talian.
Bangun awal
Bangun awal dapat membantu otak menjadi lebih peka dan segar terutama selepas waktu subuh. Buat pelajar Islam, elakkan tidur selepas subuh supaya lebih otak aktif dan senang mendapat ilham. Bangun awal juga memberi lebih masa terhadap pelajar untuk meluangkan masa bersama keluarga, bersenam dan masa akan jadi lebih panjang berbanding bangun pada tengahari.
Cipta ruang belajar sendiri
Pastikan ruang belajar sentiasa bersih, kemas dan tersusun. Pastikan ada meja untuk sentiasa fokus dan cahaya yang baik. Ubah suai mengikut personality tersendiri
Jaga pemakanan
Makanan juga mempengaruhi untuk sentiasa sihat dan pantas ketika belajar. Pastikan mengambil sarapan sebelum memulakan kelas dan air mineral agar sentiasa fokus semasa kelas. Jangan belajar seharian tanpa makan apa-apa.
Reka jadual atau kerja yang perlu disiapkan
Planner atau to-do-list dapat membantu pelajar untuk sentiasa peka dengan tarikh assignment yang perlu dihantar agar tidak lupa serta sentiasa berada dalam track dan tidak ketinggalan.
Komunikasi
Komunikasi amat penting tidak kira belajar secara fizikal mahupun online. Tambahan pula, sekarang belajar secara atas talian. Sentiasa periksa mesej seperti WhatsApp supaya kekal berhubung dengan rakan-rakan kerana teknologi adalah platform utama bagi pembelajaran sekarang. Bertanya pensyarah atau rakan jika tidak faham dan sentiasa membantu.
Berehat
Belajar sememangnya perkara yang utama tetapi waktu berehat juga perlu menjadi satu keperluan. Elakkan belajar sehari suntuk tanpa berehat kerana ia akan memberi kesan kepada kesihatan seperti sakit kepala, prestasi otak menurun dan ulang kaji yang tidak berkualiti. Pilih cara berehat mengikut kesesuaian diri seperti tidur, bersenam, melayari media sosial, meluangkan masa bersama keluarga dan bermain permainan fizikal atau gaming.
Nadi Bangi sempat menemu ramah, Dekan bagi Program Pentadbiran Perniagaan di Kolej Alpha Teknologi (ACT-IUKL), Norsa’adah Raihanah Affandi sebuah kolej yang bekerjasama dengan kampus utama IUKL. Cik Norsa’adah memberitahu bahawa untuk elakkan sifat bertangguh sentiasa memastikan untuk membuat list-to-do. “Set kan list semua subjek yang perlu disiapkan segera contohnya, A for submission in 3 days, B for 3 days above dan seterusnya. Then kita akan berasa teruja apabila kita dah siapkan assignment dalam masa yang ditetapkan”
Selain itu, Nadi Bangi menemu ramah seorang pelajar kejuruteraan awam daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, Wan Hamiz, 22, memberitahu bahawa “kebanyakan masa saya bermain game dan rasa malas, tangguh kerja memang banyak pastu nak keep in touch dengan groupmates pun susah kalau member malas buka WhatsApp”
Nadi Bangi juga menemu ramah seorang pelajar sains citra daripada Universiti Kebangsaan Malaysia Siti Mariam, 21 “odl dan physical class ada prons and cons tersendiri. Pros dia kalau bangun tidur terus on laptop dan masuk class (time consuming kurang) tapi susah sebab depends 100% dekat WhatsApp etc dan kalau nak reach out kawan susah memandangkan ada yang jarang buka WhatsApp”
コメント