top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Kelab Esport UKM Tewaskan Pasukan Allstar dalam MLBB KarKon UKM

Penulis: Nurul Syafiqah Binti Abdul Wahab

Penyunting : Kumutha Santharan




BANGI, 25 NOV - Karnival Konvokesyen (KarKon) Universiti Kebangsaan Malaysia Ke-51 pertama kali menganjurkan Gelanggang Sukan Maya acara sukan elektronik (esport) Mobile Legend Bang Bang (MLBB).


Pasukan MLBB Kelab Esport UKM diwakili oleh Ikhwan, Syafiq, Aidil, Arif dan Musadad daripada pelbagai fakulti telah menewaskan Pasukan Allstar dalam perlawanan Gelanggang Sukan Maya MLBB yang diantaranya terdapat pemain MLBB terkenal di Malaysia.


Usaha latihan kendiri dan pengalaman ahli-ahli Pasukan Esport UKM dalam permainan MLBB telah menunjukkan hasil lumayan apabila mereka berjaya menewaskan Pasukan Allstar.


Pasukan Allstar adalah gabungan pemain terkenal yang diwakili oleh Aria dari Fakulti Ekonomi dan Pengurus (FEP) yang bermain secara rasmi dalam Team Haq Esport Club (THQ). Beliau juga merupakan pemenang pingat gangsa bagi acara sukan elektronik Mobile Legends Wanita pada Sukan Sea Phnom Penh Kemboja 2023.


Manakala terdapat juga Muhd. Aniq atau mesra dikenali Jujusoya dari Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) UKM iaitu pemain MLBB terkenal dalam penstriman Malaysia kerana bakatnya serta pernah mendapat gelaran pemain hero Fanny nombor satu di Malaysia.


Jujusoya sangat berpengalaman dalam MLBB sehingga mempunyai pengikut seramai 70,000 di Instagram peribadi dan 225,000 subscriber di YouTube kerana sering berkongsi tips dan corak permainan (gameplay) beliau dalam MLBB.


Ketua pasukan Kelab Esport UKM, Muhammad Ikhwan dari Fakulti Sains dan Teknologi (FST) berkata, “Kemenangan pasukan saya hari ini hasil daripada penekanan strategi yang kukuh terutama dari aspek merancang corak permainan ketika berhadapan dengan Pasukan Allstar.”


Sepanjang perlawanan, Ikhwan berperanan sebagai jungler yang menggunakan hero Martis pada pusing pertama dan bagi pusingan kedua beliau menggunakan hero Guinevere, dan pada pusingan akhir beliau menggunakan hero Lancelot.


Tambahannya lagi, “Walaupun kami telah berjaya menentang pasukan Allstar namun tidak dinafikan ketika di dalam perlawanan, pemain paling sukar untuk ditewaskan adalah Jujusoya.”


Pengulas Gelanggang Sukan Maya, turut memberikan pandangan berkenaan strategi pasukan Kelab Esport UKM.


Pengulas, Fok Jia Chung menjelaskan, “Strategi pasukan Esport UKM yang memenangi perlawanan ini lebih konsisten dari awal hingga akhir perlawanan namun pasukan Allstar lebih ke arah farming lebih lama dan menjadikan perancangan mereka kurang berkesan bagi perlawanan ini.”


Menurutnya lagi, “Dalam perlawanan ini, mereka secara konsisten mengganggu fokus pasukan Allstar dan memberikan tekanan yang maksima sehingga berjaya menguasai objektif permainan. Rentak permainan yang kemas dan konsisten memberikan kemenangan kepada pasukan Esport UKM.”


197 views3 comments

3 Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Guest
Dec 03, 2023
Rated 5 out of 5 stars.

nice

Like

Guest
Dec 03, 2023
Rated 5 out of 5 stars.

Wahh😍

Like

Guest
Dec 03, 2023
Rated 5 out of 5 stars.

Teruskan support UKM E-Sport. Terima kasih

Like
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page