top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Kelas Secara Atas Talian Mendatangkan Kerisauan Pelajar


Wartawan: Ishaira Syuhada Isran

Penyunting: Siti Nurhezzaty Hamdan

Sumber: Google


Sekelip mata Covid-19 telah datang menyerang negara kita. Rakyat juga serta-merta dikejutkan dengan Peraturan Kawalan Pergerakan yang menyebabkan rakyat mengalami kejutan luar biasa, mana tidaknya semua rutin harian sekelip mata sahaja berubah, daripada selalu keluar membeli-belah, jogging, pergi ke pusat hiburan tidak boleh dibuat pada tempoh sebulan. Tidak lupa juga para pensyarah dan mahasiswa turut terjejas dengan Pergerakan Kawalan Pergerakan ini. Seluruh institusi pendidikan sedang memikirkan jalan yang terbaik untuk memastikan pelajar mendapat ilmu secara jarak jauh.

Pembelajaran secara atas talian adalah salah satu cara bagi membuat kuliah untuk mahasiswa, namun masalah lain pula timbul iaitu kesukaran pelajar yang tinggal di pedalaman didapati susah mendapatkan rangkaian jalur lebar. Ada juga kritikan mahasiswa mengenai ketidak adilan pensyarah membuat kuliah secara atas talian kerana mereka tidak dapat mengakses internet. Penulis melihat situasi ini sudah menjadi tegang antara pelajar dan juga pensyarah. Ada yang sudah pasrah jika ditangguhkan semester, ada juga yang memberi pendapat tidak mahu menangguh semester sehingga sanggup untuk membuat kuliah secara atas talian dan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.

Isu ini bukan sahaja berlaku di Universiti Kebangsaan Malaysia. Institusi Pengajian Tinggi tidak kira sama ada Swasta ataupun Kerajaan juga mengalami masalah yang sama. Masalah ini susah untuk diselesaikan kerana ia melibatkan ramai pelajar luar bandar. Isu ini perlu diketengahkan kepada pihak kerajaan supaya dapat diselesaikan dan pelajar tiada pilihan lain selain menurut perintah yang dikeluarkan.

Persoalannya, adakah isu ini akan mencetuskan provokasi oleh pelajar kepada pihak universiti? Atau adakah pembelajaran secara atas talian ini mendapat sokongan dan sambutan para pelajar? Bagaimana pula dengan pelajar luar bandar? Adakah mereka mendapat ilmu yang sama rata atau pembelajaran secara atas talian ini dianggap tidak adil?

Ilmu itu sangat penting dan sudah tentu ianya diperlukan untuk digunakan semasa praktikal atau di alam pekerjaan. Penangguhan semester adalah langkah yang terakhir. Jika diteliti cuti semester yang panjang dapat dipendekkan untuk menggantikan kuliah yang tertunda. Pengorbanan dari mahasiswa juga perlu untuk memastikan tamat belajar tepat pada waktu yang ditetapkan. Isu ini tidak boleh menunding jari kepada pensyarah atau pihak atasan sahaja. Pelajar juga perlu ada toleransi dan perlu menerima keputusan yang ditetapkan jika itu yang terbaik untuk pelajar.

Semoga isu ini dapat diselesaikan dan semua pihak dapat menerima dengan hati yang terbuka. Pelajar juga hormatilah para pendidik dan pelajar mengharapkan agar para pendidik membuat keputusan dengan adil. Patuhi Perintah Kawalan Pergerakan supaya Covid-19 dapat dicegah.

28 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page