• Nadi Bangi

Kelonggaran Penganjuran Majlis Sosial Mengikut Prosedur Operasi Standard Mulai 1 Julai

Wartawan: Amy Ting

Penyunting: Yazlin Farina Yahaya

Sumber: Bernama

KUALA LUMPUR 25 Jun: Menteri Kanan (kluster keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa kerajaan telah membenarkan penganjuran majlis sosial termasuk majlis perkahwinan dan pertunangan mulai 1 Julai dengan syarat kapasiti tetamu tidak melebihi 250 orang.

“Kapasiti pengunjung kekal tidak melebihi 250 individu, tetapi tertakluk kepada saiz ruang atau lokasi diadakan, kalau tempatnya kecil dan sukar melaksanakan penjarakan sosial mungkin cukup setakat 150 orang atau jumlah yang mampu dimuatkan sahaja, tidak semestinya sehingga 250 orang,” katanya pada sidang media harian di Putrajaya.

Beliau berkata bahawa majlis lain yang turut dibenarkan adalah akikah, tahlil, doa selamat, sambutan ulang tahun perkahwinan, hari jadi dan pertemuan semula dengan menghadkan masa majlis antara tiga hingga lima jam sahaja.

Antara prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan termasuk menyediakan kaunter saringan kesihatan di pintu masuk untuk memastikan bilangan kehadiran, pemeriksaan suhu badan dan tidak membenarkan tetamu bergejala seperti demam, batuk dan selesema untuk masuk ke majlis tersebut.

Jasmine Tan merupakan seorang doktor berkata bahawa beliau telah merancang untuk menjalankan majlis perkahwinan pada 6 Jun 2020, malangnya telah berlaku penyebaran wabak COVID-19.

“Segala perancangan saya telah terpaksa diubah dan restoran yang ditempah untuk menganjurkan majlis perkahwinan dikehendaki dibatalkan,” kata beliau.

“COVID-19 telah membawa kepada norma baharu iaitu menjalankan majlis pertunangan melalui atas talian dengan menggunakan ZOOM,” kata Jackline Tan, kakak kepada Jasmine Tan.

Penularan COVID-19 ini telah membawa banyak kesan negatif kepada masyarakat terutamanya ia telah menjejaskan ekonomi seluruh negara, kata pemilik restoran Cina Encik Wong.

13 views0 comments

Related Posts

See All