Nadi Bangi
Kembali Ke Pejabat Dengan Imej Baharu
Updated: Nov 8, 2021
Penulis: Sharveshwaran Ramarau
Penyunting: Aliff Idzwan Abdullah

BANGI, 29 Oktober – Pusat Kajian Media dan Komunikasi (MENTION), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan satu webinar yang bertajuk ‘Kembali Ke Pejabat Dengan Imej Baharu, Tips Pemakaian Dan Solekan’.
Menurut moderator webinar, Prof. Madya Dr. Wan Amizah Wan Mahmud, Pensyarah Pusat Kajian Media dan Komunikasi (MENTION), webinar ini bertujuan untuk berkongsi bagaimana untuk bersedia masuk ke pejabat dengan semangat baharu bersama dua orang penceramah iaitu Prof .Madya Dr. Emma Mirza Wati Mohamad, Pengerusi Pusat Kajian Media dan Komunikasi (MENTION) dan Dr. Mohd Ikbal Mohd Huda, Pensyarah Pusat Kajian Sejarah dan Hal Ehwal Antarabangsa (SPHEA).
“Wanita sememangnya mempunyai kelebihan untuk menunjukkan imej yang pelbagai aksesori seperti kasut, beg tangan, rantai, cincin, bentuk tudung, bentuk rambut, solekan menjadikan imej wanita lebih mewah” dan “saya berpendapat bahawa imej lelaki sedikit terhad jika kita nak bandingkan dengan negara yang mempunyai empat empat musim, tidak ramai lelaki yang berani mengeksperimentasi tentang warna dalam imej seharian dan warna-warna biasa seperti putih, hitam, warna gelap, biru tua, merah tua sering digayakan dan sekiranya kita berani mengeksperimentasi dengan warna, saya yakin imej yang kita dapat potret setiap hari akan menjadi lebih segar” kata Dr. Mohd Ikbal.
Beliau juga berkata, “ Sekiranya saya seorang wanita pada hari ini saya amat mengidolakan diva tersohor tanah air iaitu Azlina Aziz dan Erra Fazira, saya pernah berhadapan dan berjumpa dgn Azlina Aziz, beliau sememangnya cantik pada usia beliau, salah seorang selebriti yang sememangnya menjaga keterampilan, pakaian dan dandanan rambut.
Dr. Emma Mirza Wati berkata, “Untuk saya yang penting kita nampak kemas dan presentable, kita perlu tahu mengenai pakaian yang sesuai mengikut ikut bentuk badan, saya rasa banyak orang terlalu tarik dengan kepada fesyen tetapi sebenarnya pakaian itu, tidak kena dengan bentuk badan, kita juga harus tahu bahawa kita sebenarnya dilahirkan dengan bentuk badan yang berbeza ikut genetik, kita harus belajar untuk meraikan bentuk badan kita, kita boleh cubakan untuk dress up ikut fesyen tetapi tidak menjadi ‘fashion victim’, kita harus tahu fesyen untuk bentuk badan sendiri.”
Jika kita menyayangi dan menghargai diri kita, kita rasa kita ada self-worth, sebenarnya itulah kunci kejayaan kepada kehidupan kita, bila kita cantik-cantik memang ada impak orang lain seperti orang lain senang dengan kita, sebenarnya senyum adalah salah satu aksesori untuk kita menonjolkan kecantikan, senyumlah selalu!” kata Dr. Emma Mirza Wati.