Nadi Bangi
KEMERIAHAN DAN PERSIAPAN SAMBUTAN HARI RAYA TERGANGGU
Updated: May 17, 2020
Penulis : Hasina Aziz
Penyunting : Muhammad Fitri

Sumber gambar : Google
BANGI, 13 Mei : Kemeriahan mahupun persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini terganggu dengan arahan Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat (PKPB) yang diumumkan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam sidang media pada 10 Mei baru-baru ini apabila aktiviti pulang ke kampung dan kunjung mengunjung secara besaran raya kali ini, tidak digalakkan bagi mencegah penyebaran wabak Covid-19.
Pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat Malaysia terutama umat Islam yang berharap raya pada tahun ini mereka dapat pulang ke kampung kampung halaman, namun mereka turut akur dengan arahan kerajaan untuk kekal di mana mereka berada walaupun merasa sedih .
Menurut Rauzi Dakim (30) , dalam temubual yang dilakukan melalui telefon, beliau menyifatkan bahawa raya tahun ini berbeza seperti sebelum ini, kerana setiap tahun beliau akan pulang ke kampung halaman di Ranau,Sabah untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga, namun kali ini beliau akan merayakan di kediaman bersama rakan sekerjanya. Beliau turut menyifatkan bahawa arahan kerjaan melarang merentas sempadan dan negeri adalah wajar untuk menyekat penularan wabak Covid-19, tambahan pula beliau yang berkhidmat dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia turut akur apabila Jabatan turut menghalang mereka pulang ke kampung demi keselamatan. Biarpun merasa sedih beliau yakin semuanya adalah untuk kebaikan bersama.
Bagi Siti Norasikin Binti Ariffin (Sarjana Muda Komunikasi Media, Tahun 3), persiapan sambutan Hari Raya pada tahun ini hanyalah berserdahana, apabila beliau dan keluarganya memilih untuk tidak membeli baju raya baharu dan persiapan dilakukan secara kecilan, apabila keluarga besarnya tidak dapat berkumpul kerana larangan merentas daerah. Namun bagi Norasikin pengorbanan ini perlu dilakukan demi kebaikan dan keselamatan beliau dan keluargannya. Meskipun tidak dapat berkumpul bersama keluarga besar terutama mak cik dan pak cik Norasikin bersyukur masih boleh menyambut Hari Raya bersama ibu bapa dan adik-adik beradiknya.
Biarpun sambutan Hari Raya pada tahun ini tidak digalakkan untuk merentas Daerah, Negeri dan kunjung mengunjung secara besaran, namun sambutan Hari Raya masih boleh dilaksana secara berserdahana bersama keluarga dan rakan-rakan dan sahabat handai yang duduk serumah. Diharapkan PKPB fasa ini mampu mengekang penyebaran wabak Covid-19.