Nadi Bangi
Kemudahan Baharu Meringankan Beban Pelajar
Penulis: Zuleykha Zahiddin
Penyunting: Nurul Ain Fikriyah

Sumber foto : Zuleykha Zahiddin
BANGI, 3 Mei - Kemudahan baharu bagi pelajar iaitu basikal elektrik Easy wheels telah diperkenalkan baru baru ini pada awal bulan April di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Kerjasama antara pihak Kesatuan Mahasiswa UKM (KMUKM) dan Proven Mobility (M) sdn.bhd untuk membawa masuk basikal elektrik ini telah berjaya dengan membawa masuk sebanyak 50 biji basikal elektrik terlebih dahulu.
Basikal elektrik Easy Wheels merupakan salah satu kemudahan baru yang disediakan untuk pelajar UKM gunakan bagi memudahkan urusan mereka di universiti. Pelajar UKM boleh menggunakan basikal elektrik ini dengan memuat turun aplikasi Easy Wheels di IOS dan Android yang beroperasi selama 24/7 jam dan mempunyai 30 stesen di seluruh UKM. Pakej yang disediakan juga amatlah berpatutan dan mempunyai 4 pekej termasuklan pakej rahmah iaitu pekej A berharga RM10.40, pakej B RM14.99, dan pakej C RM17.99 dimana pakej ini sah sehingga 14 hari manakala pakej D iaitu pakej rahmah RM4.99 hanya sah digunakan dalam masa 24 jam.
Menurut MPP UKM, Muhammad Hafiz, satu kenyataan telah di muatnaik di instagram yang mengatakan bahawa pengguna IOS boleh memuatnaik aplikasi bermula pada 2 Mei ini dan boleh terus menggunakan basikal elektrik tersebut.
Namun bagitu, tidak sampai seminggu telah berlaku beberapa kerosakan kepda basikal elektrik Easy Wheels yang telah menyebabkan pelajar UKM di sekitar universiti tidak dapat menggunakan kemudahan tersebut.
Kerosakan tersebut telah berlaku akibat daripada kecuaian segelintir pelajar UKM yang tidak bertanggungjawab.
Bagi menyelesaikan masalah ini pihak Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KMUKM) telah mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini.
“Namun menurut MPP UKM, Muhammad Hafiz, Easy Wheel masih dalam proses perbincangan denagn pihak bertanggungjawab dan masih belum di lancarkan.
“Dalam masa terdekat saya akan keluarkan kenyataan berkenaan penyelesaian isu ini” katanya.