top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Kenali Pelbagai Bentuk Gangguan Seksual

Oleh: Haziq Johan

Penyunting: Anis Natasya


Sumber: Google


Gangguan seksual bukan sebuah isu baharu dan boleh dianggap sebagai tabu bagi masyarakat di Malaysia di mana kita tidak membincangkan perkara ini secara terbuka di ruang umum. Isu yang tular di media sosial melibatkan seorang pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Selangor baru-baru ini yang didakwa melakukan pengantunan seksual (sexual grooming) menunjukkan bahawa kita perlu tahu dan sedar gangguan ini boleh hadir bukan sahaja melibatkan sentuhan fizikal, malahan dalam pelbagai cara dan bentuk yang berbeza. Tidak dapat dinafikan masih ramai yang belum peka dan ambil serius berkenaan gangguan seksual yang berlaku di sekeliling kerana menganggap situasi tersebut sebagai sebuah perkara biasa.


Menurut Kementerian Sumber Manusia, gangguan seksual boleh didefinisikan sebagai perlakuan yang kurang disenangi melalui kata-kata, isyarat, sentuhan, psikologi dan visual yang berunsurkan seks yang biasanya dilakukan berulang ulang. Sebelum tahun 2012, masih belum ada undang-undang yang digubal tentang mengenai gangguan seksual di Malaysia. Apa yang dilakukan sebelum pada ketika itu ialah kerajaan hanya mengeluarkan panduan kepada majikan untuk menangani aduan gangguan seksual sejak tahun 1999 namun dilihat tidak membuahkan hasil yang positif. Persekutuan Mahkamah-mahkamah Tertinggi Malaysia memutuskan pada tahun 2016 bahawa gangguan seksual adalah kesalahan sivil yang membolehkan mangsa mendakwa pengganggu mereka.


Walaupun terdapat perubahan ini, laman Human Rights Pulse menyebut bahawa 36 peratus wanita Malaysia mengalami gangguan seksual di tempat kerja berdasarkan tinjauan YouGov. Tinjauan oleh Women’s Aid Organisation (WAO) pula meletakkan angka setinggi 62 peratus iaitu separuh daripada responden YouGov yang menceritakan mereka tidak melaporkan gangguan tersebut. Ramai yang tidak membuat laporan kerana takut mendapat dikenakan tindakan daripada oleh majikan mereka atau dimalukan secara terbuka.


Masyarakat perlu mula untuk membuka mata apabila isu ini dibangkitan bagi mengelakkan masalah ini daripada terus berulang. Maka, terdapat beberapa perkara yang perlu kita tahu bagi meningkatkan kesedaran dan mengenal pasti bentuk gangguan seksual yang mungkin akan menimpa kepada diri sendiri mahupun orang di sekeliling.


Gangguan Secara Lisan

Tanpa kita sedari, ucapan dan lisan juga boleh menjadi salah satu bentuk gangguan seksual kerana selama ini mesti ramai yang menganggap bahawa gangguan seksual hanya boleh berlaku secara fizikal. Bentuk gangguan ini dapat dilihat dalam penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, bercerita, berjenaka, membuat bunyi-bunyian, memberi kritikan, komen, pujian atau mengajukan soalan berunsur seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual yang dinyatakan secara terang-terangan atau terselindung sehingga menyebabkan rasa tersinggung, terhina, terugut atau terganggu untuk berurusan dengan seseorang. Sebagai contoh pernyataan atau komen dikeluarkan berkaitan rupa paras atau tubuh badan wanita secara terperinci sehingga menyebabkan ketidakselesaan.


Gangguan Secara Isyarat (Bukan Lisan)

Dalam konteks ini, apa yang dimaksudkan adalah lebih kepada menunjukkan niat seseorang itu melalui isyarat yang tidak sepatutnya dalam apa-apa bentuk yang tidak melibatkan percakapan. Bentuk gangguan ini dipamerkan melalui sikap atau perlakuan yang memberi maksud atau gambaran keinginan yang berunsurkan seksual seperti menjeling, menggoda, merenung, mengintai, menjilat bibir atau mengguna bahasa isyarat lain. Apabila berlakunya perkara sebegini, seseorang itu perlu peka dan melakukan tindakan segera agar dapat menghindari perkara lebih buruk berlaku seperti mengelakkan daripada berada di kawasan sunyi atau keseorangan.


Gangguan Secara Visual

Perlakuan menghantar nota, surat, e-mel, sms, gambar, poster, objek atau bahan bacaan yang berunsur seksual melalui penggunaan apa jua peralatan media, peralatan elektronik, atau peralatan komunikasi merupakan salah satu kategori gangguan secara visual. Pada era moden ini, secaranya umumnya gangguan ini sering terjadi melalui dalam talian dan boleh dijelaskan sebagai apa-apa perbuatan yang dijalankan melalui internet atau lain-lain bentuk peranti elektronik atau digital yang menyebabkan seseorang berasa takut, malu, terancam, terseksa, terhina, direndahkan atau berasa tidak selesa oleh tindakan tersebut sampai sehingga ke tahap di mana seseorang itu berasa merasakan diri berada di dalam persekitaran yang berbahaya.


Gangguan Secara Psikologi

Gangguan secara psikologi melibatkan perbuatan cuba merapati secara seksual, mendorong, mendesak, mengugut atau memujuk rayu bagi memenuhi keinginan seksual sama ada melalui surat, telefon, e-mel atau sebarang bentuk peralatan komunikasi yang menimbulkan tekanan emosi dan mental. Dalam hal ini, kebanyakan isu yang sering berlaku adalah melibatkan ugutan di mana pelaku ingin mendapatkan sesuatu daripada mangsa. Mereka akan mendesak dalam pelbagai cara seperti mengancam untuk merogol, menyebar gambar tidak sepatutnya dan banyak lagi. Si pelaku akan menggunakan kelemahan pada mangsa sebagai kunci utama dalam memastikan mangsa mengikut apa sahaja arahan mereka.


Gangguan Secara Fizikal

Akhir sekali adalah jenis gangguan yang paling meninggalkan kesan terhadap mangsa iaitu gangguan secara fizikal. Gangguan ini boleh dilihat apabila seseorang itu mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga menyebabkan ketidakselesaan. Antara contoh perlakuan itu ialah memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium atau meraba sehingga mangsa berasa tersinggung atau terhina. Gangguan fizikal boleh berlaku secara tidak sedar, contohnya si pengganggu seksual tersebut dalam keadaan bergurau telah menampar dan mencubit mangsa. Mangsa mungkin tidak sedar dan menganggapnya sebagai satu gurauan semata-mata. Tetapi, si pengganggu seksual akan berasa puas dan ingin menyentuh di bahagian lain pula sekiranya perbuatannya tidak senonoh tersebut tidak di tegah.




1,510 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page