Nadi Bangi
Kenderaan Tenggelam Di Jalan Reko
Oleh: Amelin Yazimi
Penyunting: Fatin Roslee

Sumber: Twitter
BANGI, 7 Mac - Hujan lebat tanpa henti di sekitar Kajang dan Bangi pada 14 Februari lalu telah menyebabkan berlakunya banjir kilat di Jalan Reko.
Hujan yang berpanjangan telah menyebabkan kenaikan air dan berlakunya banjir kilat di Jalan Reko berhampiran stesen minyak Shell. Kejadian banjir menyebabkan jalan tersebut tidak boleh dilalui di kedua-dua arah dan beberapa kenderaan tersekat di dalam banjir tersebutekoran kenaikan paras air yang agak tinggi.
Kenderaan yang tersekat di dalam banjir juga tidak dapat melalui jalan tersebut kerana barang daripada tapak projek pembinaan stesen komuter baru terjatuh ke tengah jalan raya kerana dibawa arus air.
Abdul Latif, 51, berkata masalah banjir kilat sering berlaku di kawasan tersebut setiap kali
hujan lebat tanpa henti dan hal ini mengundang bahaya kepada pengguna jalanraya lain.
Menurut Hysham, 43, bencana ini telah menjadi masalah bertahun lama ekoran sistem
perparitan yang tidak efisien. Namun begitu, tiada tindakan yang diambil oleh pihak yang
berkenaan untuk membaik pulih sistem perparitan di kawasan tersebut.
"Saya harap pihak berkuasa yang terlibat peka dan mengambil tindakan segera dengan apa
yang berlaku ini. Perkara seperti ini tak patut berlaku kalau masing-masing menjalankan
tanggungjawab"
Pihak Nadi Bangi cuba untuk menghubungi pihak yang berkenaan bagi mendapatkan respon dan komen berkaitan masalah ini.