top of page
Writer's pictureNadi Bangi

Kepentingan Tenaga Diketengahkan Oleh Belia ASEAN

OLEH : HASWENDREN BALA PENYUNTING: FATHUR REZKY ZULIYUS


Delegasi ‘CIMB Young ASEAN Leaders’ semasa majlis penutupan di Menara CIMB, KL Sentral. Sumber Gambar CIMB

KUALA LUMPUR, 27 September – Program CIMB Young ASEAN Leaders 2019 telah membuka minda para belia ASEAN dalam menfokuskan terhadap kepentingan tenaga diperbaharui melalui penggunaan bahan lestari dan sumber asli.


Menitikberatkan situasi tersebut, Yayasan CIMB (CIMB Foundation) bekerjasama dengan Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk kali ketujuh bagi Program CYAL.


Dengan tema ‘Sustainable Indigenous Resources for Renewable Energy’ yang melibatkan delegasi untuk menyampaikan sebuah video sebagai suatu penghasilan projek tentang cara penggunaan tenaga melalui bahan lestari dan sumber asli bagi penghasilan tenaga yang boleh diperbaharui.


Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB (CEO), Datuk Hamidah Naziadin telah merasmikan penutupan program CYAL 2019 pada 27 September 2019 yang diadakan di Menara CIMB, KL Sentral. Yang turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor UKM, Hal-Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat, Prof. Dato’ Dr Imran Ho Abdullah dan Pengarah Pusat Transformasi dan Komuniti UKM, Prof Datuk Dr Rokiah Omar.


Dalam ucapannya, Datuk Hamidah telah menekankan kepentingan matlamat SDG yang perlu diamalkan oleh setiap orang dan mengambil langkah mulai sekarang untuk masa depan yang cerah.


Menurut Muhammad Nor Shafiq Saleh, delegasi mewakili UKM dan Malaysia telah berkongsi pengalaman beliau bahawa “Penglibatan dalam program sebegini dapat membuka minda pengetahuan tentang keperluan yang masih belum sedar oleh orang ramai dan persepsi masyarakat Malaysia terhadap kepentingan berinteraksi khususnya komunikasi ASEAN”.


“Saya telah dapat menonjolkan diri dengan yakin dan mendapat ramai rakan dari negara ASEAN. Saya juga berasa bangga untuk mewakili Universiti dan Negara” kata Kamaleswari Selvaraj, delegasi dari UKM, Malaysia.


Program CYAL selama lima hari dari 23 September hingga 27 September 2019 telah disertai 50 delegasi dari 10 negara ASEAN iaitu Malaysia, Brunei, Cambodia, Filipina, Laos, Indonesia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam.

65 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page