• Nadi Bangi

Keputusan Pemilihan Pemain Skuad Harimau Malaya Dipertikai

Penulis: Danish Muqrieyz Jamaluddin

Penyunting: Ameruddin Mohamah Nor

Sumber: Stadium Astro


BANGI, 13 Dis – Keputusan Tan Cheng Hoe membawa hanya 24 pemain untuk menyertai kejohanan AFF Suzuki pada edisi kali ini yang berlangsung di Singapura telah menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.


Kejohanan Bola Sepak ASEAN atau Piala Suzuki merupakan kejohanan bola sepak yang dianjurkan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) untuk pasukan bola sepak kebangsaan di Asia Tenggara dan Piala AFF 2020 merupakan edisi ketiga belas Kejohanan Bola Sepak ASEAN.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan BolaSepak Malaysia atau lebih dikenali sebagai FAM, pada permulaannya seramai 28 pemain telah dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya sementara terdapat tiga lagi pemain yang diletakkan dalam senarai bersedia sekiranya terdapat sebarang perubahan pada senarai 28 pemain tersebut. Cheng Hoe, yang merupakan jurulatih skuad Harimau Malaya pada akhirnya hanya menyenaraikan seramai 24 pemain untuk skuad akhir ke Piala Suzuki AFF 2020 yang mana skuad Harimau Malaya dijadual berlepas ke Singapura pada 3 Disember.


Malang tidak berbau, skuad Harimau Malaya telah dikejutkan dengan berita apabila 4 orang pemain mereka telah disahkan positif Covid-19. Empat orang pemain yang disahkan positif tersebut adalah Faisal Halim, Khairulazhan Khalid, Akhyar Rashid dan juga Quentin Cheng.


Dalam satu temubual bersama jurulatih skuad Harimau Malaya tersebut, Cheng Hoe berkata ketiadaan keempat-empat tonggak negara itu susulan positif Covid-19 menyebabkan pemilihan skuad adalah terhad kepada 19 pemain, sekali gus menjejaskan persiapan untuk mengharungi kejohanan ini.


Walaupun terdapat khabar gembira apabila seorang pemain Malaysia yang dijangka akan tiba pada Jumaat untuk membantu skuad Harimau Malaya dalam perlawanan seterusnya iaitu Dion Cools akan tetapi skuad Harimau Malaya berhadapan dengan masalah apabila dua pemain pertahanan tengah negara iaitu Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Shahrul Saad dilanda kecederaan hamstring dan gagal menamatkan permainan ketika tewas menentang Vietnam baru-baru ini.


‘Benar ketika ini kami kekurangan pemain yang diarah menjalani kuarantin ekoran Covid-19 dan kami tidak mahu ada pemain lain disahkan positif memandangkan ujian calitan dilakukan setiap hari.’


‘Mengenai persoalan kenapa kami membawa 24 pemain sudah saya jelaskan sebelum ni tetapi situasi yang sedang melanda kem negara ketika ini adalah di luar jangkaan. Saya harap pemain yang ada kekal positif untuk harungi baki perlawanan untuk kejohanan ini,’ kata jurulatih skuad kebangsaan itu dalam sidang akhbar.


Skuad kebangsaan akan turun menentang pasukan Indonesia pada 19 Disember dan pasukan Harimau Malaya perlu memenangi perlawanan tersebut untuk layak ke peringkat seterusnya.

54 views0 comments

Related Posts

See All