top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Kerajaan Peruntukkan RM16 Juta Bantu Industri Pelancongan

Penulis: Aidanadhira Hasbi

Penyunting: Sheirly Lee

Foto: Aidanadhira Hasbi

KUALA LUMPUR, 23 Nov – Kerajaan memperuntukkan RM16 juta untuk membantu industri pelancongan tempatan bagi meringankan beban pengusaha dan sekaligus merancakkan lagi industri pelancongan selepas dua tahun penutupan dan sekatan dijalankan ke atas industri pelancongan Malaysia.


Majlis penyampaian bantuan kewangan telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia semalam.


Menurut Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, dana kewangan ini merupakan inisiatif pihak kementerian pelancongan, seni dan budaya Malaysia untuk membantu penggiat-penggiat industri pelancongan yang terkesan akibat penularan pandemik Covid-19.


Antara bantuannya yang diperuntukkan ialah pemandu pelancong menerima sebanyak RM500, RM3000 untuk Syarikat Pengendalian Pelancong, RM1000 bagi pengusaha Spa dan Pusat Urutan Kaki serta RM3000 kepada Syarikat Malaysia Rumah Kedua. RM15.95 juta yang telah diperuntukkan oleh pihak kerajaan dalam membantu hampir 15 ribu penggiat industri pelancongan.


Pihak kerajaan juga menghargai pengusaha dan semua masyarakat yang berada di bidang pelancongan dan bantuan ini juga adalah salah satu cara pihak kerajaan untuk merancakkan lagi industri pelancongan di Malaysia.


Majlis yang berlangsung pada malam semalam merupakan sesi yang keempat dan sesi lain akan diteruskan berikutan dengan permohonan penerimaan dana masih dibuka sehingga hujung disember pada tahun ini.


Para penggiat industri yang berkelayakan boleh memohon bantuan ini yang sedikit sebanyak membantu mereka dalam menguruskan perniagaan mereka pada masa kini.


“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada MOTAC kerana peka dan prihatin terhadap golongan industri pelancongan seperti saya. Saya merupakan pemandu pelancong di sekitar KL dan Selangor tetapi sejak pandemik Covid-19 keperluan pemandu pelancong tiada permintaan daripada penduduk tempatan. Hal ini kerana masing-masing dari kita sudah mempunyai kenderaan sendiri untuk bercuti ke mana sahaja,” kata Kak Wan yang merupakan salah seorang penerima bantuan pada malam tersebut.


Kesan daripada pandemik ini rata-rata penggiat industri pelancongan masih lagi tidak mampu untuk bekerja seperti biasa disebabkan sempadan negara masih lagi disekat dan mereka hanya bergantung terhadap masyarakat setempat untuk meneruskan perniagaan dalam bidang pelancongan ini.


Dalam ucapan YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia ada mengatakan 3 bulan mendatang jika keadaan Malaysia membaik sempadan negara boleh dibuka untuk menaikkan industri pelancongan Malaysia dan ini merupakan sirna yang ditunggu-tunggu oleh semua rakyat Malaysia.

42 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page