top of page
  • Writer's pictureMuhammad Akmal Arfan Roslan

Kerana Minat Graduan ini Peroleh Anugerah Tun Abdul Razak UKM

Updated: Dec 7, 2022

Penulis: Muhammad Akmal Arfan Bin Roslan

Penyunting: Kuvineshwaren Nedunjelian

Sumber Gambar: Instagram @ukminsta


BANGI, 29 Nov - Muhammad Ammar Sahazubir, berkata, beliau sentiasa jujur dan memberikan yang terbaik dalam semua pertandingan dan program yang melibatkan nama UKM atas dasar minatnya sendiri. Beliau yang telah menerima Anugerah Tun Abdul Razak di Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia ke-50 mengakui bahawa beliau mengharumkan nama UKM di peringkat kebangsaan dan antarabangsa bukan kerana mengejar anugerah ini. “Saya percaya membuat suatu hal dengan penuh minat adalah lebih baik berbanding membuat sesuatu yang mengharapkan anugerah dan bagi saya sekiranya mendapat anugerah atau pengiktirafan adalah satu bonus untuk diri saya,” katanya. Ammar sebelum ini telah mengharumkan nama UKM apabila menjadi Naib Johan Pertandingan Debat Di-Raja Antara Institut Pengajian Tinggi kategori utama Bahasa Melayu yang diadakan pada 23 Oktober lalu di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin.

Anak kelahiran Negeri Sembilan ini, pernah mewakili UKM dalam ASEAN University

Student Network dan dijemput untuk mewakili Malaysia sebagai juri AUSN Cross-Cultural Exposure. Antara jawatan yang pernah disandang oleh Ammar ketika berada di UKM adalah Timbalan Presiden Urusetia Perucapan Umum, Presiden Urusetia Perucapan Umum dan Pengerusi Biro Akademik Kolej Rahim Kajai. Selain itu, Ammar merekodkan kecemerlangan dalam akademik apabila berjaya memperoleh Anugerah Dekan sebanyak 4 kali sepanjang 6 semester pengajian di UKM. “Pegangan hidup saya, sentiasa berbuat baik dengan orang yang mengajar kita dan sentiasa mengejar apa yang kita minati,” tambahannya lagi. Ammar juga merupakan pemegang Diploma Tahfiz Al-Quran di Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan sebelum melanjutkan pengajian di UKM dalam bidang Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian (Psikologi). Ammar berharap agar pelajar UKM terus buat yang terbaik dalam sesuatu perkara yang diminati dan mengembangkan bakat serta potensi diri. Dalam perkembangan lain, Ammar kini memilih UKM sebagai destinasi beliau melanjutkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Falsafah (Psikologi).

86 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page