Nadi Bangi
KEROSAKAN BUAH PINGGANG KORBANKAN “TAM”
Oleh : Afifa Syahirah Binti Baharudin
Penyunting: Atikah Abu Hashim

SABAH, 27 MEI 2019 - Badak Sumbu Sumatera jantan yang dipercayai menghidap mengalami kerosakkan buah pinggang telah di sahkan mati pada 12 tengah hari tadi di Hutan simpan Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu, Sabah.
Menurut sumber dari Astro Awani, badak sumbu sumatera ini telah dilaporkan mati oleh Pengarah Eksekutif Borneo Rhino Alliance (BORA), Datuk Dr Junaidi Payne.
“Buat masa ini kematian Tam dipercayai oleh kerana kerosakan buah pinggang dan komplikasi hati, namun bedah siasat akan dilakukan dalam masa yang terdekat”, kata Junaidi Payne.
Selain itu, Tam yang sebelum ini berada di bawah pemerhatian pakar Tabin,Sabah dilaporkan mempunyai tahap kesihatan yang merosot serta kurang bertindak balas dan mula hilang selera makan sejak April yang lalu.
Kematian Tam yang berumur 35 tahun disifatkan sebagai satu kehilangan yang sangat besar buat negara Malaysia, kerana haiwan ini adalah spesis Badak Sumbu Sumatera Jantan yang terakhir berada di Malaysia.
Walau bagaimanapun, Malaysia kini hanya mempunyai seekor sahaja lagi Badak Sumbu Sumatera Betina yang bernama Iman.Iman juga kini berada di bawah jagaan yang sama di Tabin, Sabah.
Terdahulu, pelbagai inisiatif telah dilakukan untuk mengelakkan Badak Sumbu Sumatera ini pupus sebagai contoh mereka menggunakan teknologi pembiakan yang terkini.
Akan tetapi, inisiatif mereka menemui jalan buntu kerana masalah yang di hadapi Tam seperti masalah usia yang di alami oleh haiwan itu.
Lebih menyedihkan lagi adalah Iman juga mempunyai masalah komplikasi di mana haiwan itu disahkan menghidap ketumbuhan dalam rahim sehingga menyebabkan banyak darah keluar daripada bahagian sulit haiwan itu.
Namun, pelbagai usaha di lakukan untuk merawat Iman agar haiwan ini dapat meneruskan kehidupan agar rancangan untuk pembiakan bersama dengan Indonesia dapat di jalankan.