top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Jadi Beban Buat Ibu Bapa?

Oleh: Nurul Farhana binti Abdullah

Penyunting: Muhammad Haziq Fikri bin Hassan



Sumber: Google

BANGI, 24 Nov - Isu penggunaan kerusi keselamatan yang diwajibkan oleh kerajaaan bermula 1 Januari 2020 mendapat pelbagai reaksi netizen di media sosial.


Menurut petikan daripada Astro Awani, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, usaha itu adalah bagi memupuk kesedaran terhadap isu keselamatan kanak-kanak ketika berada di jalan raya.


Tambah beliau lagi, adalah menjadi keutamaan KPDNHEP untuk menyokong usul yang dibawakan oleh Kementerian Pengankutan itu kerana ia berkait rapat dengan hal kepenggunaan dalam kalangan rakyat.


Meninjau pandangan netizen di media sosial,ada yang bersetuju dan ada juga segelintir yang kurang bersetuju dengan tindakan yang dikeluarkan oleh kerajaan ini.




Petikan komen netizen di laman media sosial Facebook. (Sumber: Facebook)

“Bukan mengenai car seat, tetapi kerajaan perlu kuatkuasakan undang-undang semasa memandu kereta. Kalau pakai car seat pun, tetapi perangai memandu kereta kelaut, tak berguna juga” kata pengguna Facebook Amy Azman.


Manakala menurut pemilik akaun Firdaus Shakirin berkata, “Januari, Februari dan Mac merupakan bulan yang banyak menggunakan duit untuk kelengkapan sekolah, yuran sekolah roadtax dan lain-lain.” Tambah beliau lagi seharusnya pihak kerajaan selesaikan masalah mengenai isu pemandu mabuk dahulu sebelum isu ini.


Petikan komen netizen di media sosial Facebook tentang isu kerusi keselamatan kanak-kanak.

Menurut komen pengguna Facebook, Tia Zul pula berkata, “ Saya bersetuju isu penggunaan car seat ini diwajibkan demi kebaikan anak sendiri. Cuma rasa kesian untuk keluarga yang mempunyai jumlah anak yang ramai akan membebankan mereka.”


“Sebagai langkah keselamatan saya memilih untuk menggunakan kerusi keselamatan untuk anak-anak saya. Duit boleh dicari, tetapi nyawa anak-anak tiada ganti.”komen salah seorang pengguna Facebook iaitu Sjahid Felaini Azizan.


Perkongsian daripada blog Bebe Hous menyatakan Statistik dari Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS) menunjukkan kematian kanak-kanak di dalam kereta dapat dikurangkan kepada 70% dengan menggunakan kerusi keselamatan yang sesuai dan dipasangkan dengan betul.


Oleh itu, langkah yang di ambil oleh kerajaan ini adalah langkah yang utama untuk melindungi anak-anak daripada sebarang kecederaan yang serius.

41 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page