Penulis: Aliff Idzwan Abdullah
Penyunting: Sharveshwaran Ramarau
Foto: Aliff Idzwan Abdullah
KAJANG, 11 Dis - Kesesakan yang berlaku di Balai Polis Kajang didakwa berlaku kerana orang ramai berpusu - pusu mengambil peluang diskaun saman yang diperkenalkan kerajaan baru - baru ini.
Ia adalah susulan daripada program “100 Hari Keluarga Aspirasi” dimana ia telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di mana Polis Diraja Malaysia (PDRM) Malaysia dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia telah menyediakan kaunter bayaran untuk rakyat membawa keluarga bersama – sama datang melihat program tersebut dan juga untuk membayar saman – saman yang lampau.
“100 Hari Keluarga Aspirasi” ini diadakan pada 9 hingga 12 Disember. Namun demikian, kehadiran pengunjung yang hadir telah menyebabkan kesesakan yang terlampau sehingga pihak penganjur dikenakan kompaun atas kegagalan memastikan SOP dipatuhi.
Hal ini membuatkan seluruh rakyat Malaysia ingin mencapai peluang tersebut untuk membayar saman dengan diskaun serendah 80 peratus dan ini menjadikan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) menjadi sesak dan terlalu ramai, kerajaan membuat penambahbaikan dimana rakyat boleh membuat pembayaran saman kepada cawangan – cawangan Balai Polis Trafik. Akan tetapi pengurangan saman sebanyak 80 peratus adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
Ini menyebabkan Balai Polis Kajang penuh dengan orang ramai kerana mereka beratur untuk membayar saman, tambahan lagi, orang awam diberitahu supaya beratur seawal jam 4 pagi untuk mengambil nombor giliran dan mendapat tempat untuk pembayaran saman.
Tambahan lagi, Pegawai Polis di Balai Polis Kajang itu mengatakan pada pukul 7 pagi nombor untuk membuat pembayaran telah pun habis. Mereka diberitahu untuk datang kembali pada jam 3 petang untuk sesi seterusnya bagi mengambil nombor giliran.
Balai Polis Kajang mengehadkan kehadiran orang ramai kerana untuk mengikut SOP yang perlu dijaga ketat pada ambang pandemik ini. Kita tidak boleh leka dengan keadaan sekarang kerana ia amatlah berbahaya kepada diri sendiri dan keluarga.
Di samping itu, terdapat beberapa polis yang sedang mengawal orang ramai di sekitar kawasan Balai Polis Kajang. Dimana, keadaan Balai Polis yang sangat padat dengan kehadiran manusia.
Kerajaan sekali lagi menambah baik sistem pembayaran dengan kaedah membayar di Maybank Atm, Pos Laju dan juga bayaran online di dalam “MyBayar Saman”. Malahan, dengan adanya beberapa kaedah yang diberikan oleh kerajaan, rakyat Malaysia sangat berpuas hati dan gembira kerana kerajaan telah pun memberikan kesenangan kepada rakyatnya. Tarikh untuk pengurangan bayaran saman di tambah sehingga hujung bulan 12.
Comments