top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Kesihatan Gigi Seindah Senyuman

Oleh: Rafidatul Aqilah Seri Lanang

Penyunting: Kumutha Vallii Veloo


Sumber: Google

Bagi gigi sihat serta senyuman yang cantik kita perlulah mengambil berat dalam penjagaan gigi. Malah penjagaan mulut juga penting kerana mulut merupakan pintu masuk makanan yang sekali gus dikatakan sebagai punca kepada pelbagai penyakit. Tidak kisahlah sebagaimanapun bentuk gigi yang kita miliki yang menjadi keutamaan adalah penjagaannya.


Menurut portal Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan awam menerangkan penjagaan gigi ini perlulah dipandang serius kerana ia akan memberi kesan kepada kita seperti tanpa gigi yang sihat kita akan mengalami kesukaran untuk mengunyah serta makan. Selain itu, kesukaran bertutur serta berkomunikasi dengan baik juga merupakan kesan apabila tidak menjaga gigi dengan baik. Malah dengan masalah gigi, kita akan berasa kurang berkeyakinan kerana wajah kelihatan kurang segak.


Masalah keris gigi berpunca daripada pencuaian seseorang yang memandang ringan terhadap penjagaan gigi serta mulut. Hal ini menyebabkan gigi seseorang itu menjadi sensitif. Jika seseorang itu mengalami penyakit gusi, mereka akan mengalami gusi berdarah serta bengkak. Hal ini secara tidak langsung menjadi punca kelonggaran gusi dan gigi.


Malah jika seseorang itu mengalami kerosakan gigi serta penyakit gusi yang melibatkan urat saraf ia akan menjadikan wajah seseorang itu kurang seri dan akan mengalami masalah kehilangan gigi. Sekiranya seseorang itu kehilangan gigi, ia menjadi salah satu punca kehilangan sokongan pada wajah dan menjadi penyebab wajah kelihatan lebih tua. Memang benar gigi boleh digantikan dengan gigi palsu tetapi apabila mengalami masalah gusi ia akan menyebabkan kesukaran dalam pemasangan gigi palsu.


Antara penyebab kerosakan gigi


Mengunyah ais


Dengan mengunyah ais ia akan merosakkan gigi kerana suhu serta struktur ais yang keras boleh menyebabkan gigi seseorang itu patah malah ia akan menjadikan sebahagian enamel gigi rosak. Maka biarkan ais tersebut cair dengan sendirinya seperti mana kita memakan gula-gula.


Menggigit kuku


Apabila seseorang itu gemar mengigit kuku ia bukan sahaja akan menyebabkan kuku kelihatan kurang cantik malah ia juga akan memberi kesan kepada kerosakan serta retakan pada gigi hadapan. Malah apabila menggigit kuku kita seperti membuka ruang kepada bakteria untuk masuk ke dalam rongga mulut yang akan membawa kepada penyakit lain.


Menggertakkan gigi semasa tidur


Terdapat individu yang tanpa di sedari akan menggertakkan gigi semasa tidur. Perkara ini akan menyebabkan gigi patah atau longgar apabila geseran antara gigi sering berlaku. Selain itu, ia juga akan menyebabkan sakit pada sendi rahang, sakit gigi dan sebagainya. Masalah ini dapat diselesikan dengan memakai alat penjaga mulut.


Pengambilan minuman ringan berlebihan


Seperti yang kita tahu dengan pengambilan minuman manis berkarbonat merupakan salah satu sumber makanan yang berpotensi merosakkan gigi. Hali ini kerana bukan sahaja kandungan gula pada minum ringan yang tidak elok kepada gigi anda malah asid yang dimasukkan ke dalam minuman juga akan menyebabkan gigi berlubang.


Cara penjagaan gigi


Terdapat pelbagai cara penjagaan gigi iaitu dengan mengunakan ubat gigi berflorida sebagai pelindung gigi. Selain itu, berikan sepenuh perhatian ketika memberus gigi. Sekurang-kurangnya memberus gigi di hadapan cermin dalam memastikan semua permukaan gigi kena pada berus gigi.


Semasa membersihkan mulut pastikan anda memberus gigi sehingga ke kawasan gusi bagi membersihkan bakteria serta plak yang terdapat di kawasan tersebut. Maka gigi akan dibersihkan dengan betul.


Seusai makan kita perlu berkumur bagi menghilangkan sisa-sisa makanan kerana makanan yang kita makan tersebut akan merosakkan gigi kita terutamanya makanan manis. Kita boleh berkumur dengan menggunakan air paip sahaja ataupun menggunakan Ubat kumur mulut berfluorida yang dapat menghindari gigi daripada kerosakkan.


Berkumur tidak mencukupi malah kita di kehendaki mencuci gigi dengan menggunakan flos sekurang-kurangnya sekali hari yang bertujuan untuk membersiahkan celah-celah gigi yang berkemungkinan terdapat saki-baki makanan. Jika dibiarkan sisa makanan tersebut ia akan menyebabkan gigi mudah berlubang.


Pemilihan berus gigi juga penting di mana kita perlu elak dari membeli berus gigi yang kasar kerana boleh mencederakan gusi seterusnya akar gigi akan terdedah lalu terhakis. Justeru itu, gunakan berus gigi yang lembut dengan mengikut cara yang betul iaitu memberus secara bulatan dari belakang gigi kehadapan. Selain itu, kita harus menukar berus gigi kita dua bulan sekali. Jika berus gigi sudah kembang sila tukar kepada berus gigi yang baru kerana berus gigi kembang tidak memberi kesan kepada pembersihan gigi.  


Terakhir semua orang di minta perlu rajin dalam membuat temu janji dengan doktor gigi sekurang-kurangnya enam bulan sekali bagi melakukan rawatan scaling untuk membersihkan gigi atau gusi. Dengan mendapatkan rawatan awal kita dapat mengenal pasti masalah mulut yang kita hadapi di peringkat awal.


Penjagaan gigi bukanlah sesuatu yang sukar kerana dari kecil kita telah di ajar untuk menjaga gigi dengan cara yang betul. Dengan adanya gigi yang sihat dan cantik ia akan menjadikan senyuman itu kelihatan manis maka senyuman yang disedekahkan itu akan menjadi lebih bermakna.

68 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page