top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Kesilapan Penganjur Miss Universe Mengundang Kemarahan Netizen

Oleh: Vanisri Ravi

Penyunting : Kumutha Veloo


Sumber: Astro Awani

Kuala Lumpur, 21 Dis – Kesilapan penganjur Miss Universe 2019 di peringkat akhir telah mengundang kemarahan netizen selepas kesilapan pengumuman pemenang bagi kategori Kostum Nasional Terbaik di Atlanta,Georgia United States.


Miss Universe merupakan satu pertandingan antarabangsa tahunan yang dikendalikan oleh Pertubuhan Miss Universe yang berpangkalan di Amerika Syarikat dan ia merupakan satu pertandingan yang terbesar di dunia dari segi liputan TV secara langsung yang akan berlangsung pada setiap tahun.


Keputusan pemenang bagi kategori tersebut telah diumumkan salah oleh Steve Harvey dan ia telah memberi satu kejutan besar kepada netizen selepas pemenang bagi kategori kostum Nasional ditarik balik daripada wakil Malaysia, Swetha Sekhon.


Jika lihat Malaysia hampir mencipta sejarah di pentas Miss Universe pada pertama kali kerana sebelum ini Malaysia tidak pernah memenangi sebarang kejayaan di pentas yang amat bermakna.


Kesilapan ini telah diperbetulkan oleh penganjur Miss Universe melalui laman sosial twitter di mana mereka telah mengeluarkan kenyataan pemenang sebenar pertandingan Kostum Nasional Miss Universe 2019 dengan menyertakan gambarnya.


Selain itu, sebuah video yang telah dimuat naik di Twitter telah membuktikan bahawa Steve Harvey sebenarnya mengumumkan Filipina sebagai pemenang tetapi telah dibetulkan oleh Shweta.


“Steve, bukan Filipina ia adalah Malaysia” kata Shweta Sekhon.


Pengarah Miss Universe Malaysia iaitu Elainedaly telah memberi penjelasan yang baik tentang kesilapan pengumuman pemenang Kostum di Instagram pada 9 Disember lalu.


“Saya telah email Paula untuk mengklarifikasikan dan Paula membalas bahawa Filipina menang dalam undian atas talian tetapi Swetha telah dipilih oleh pengarah pentas sebagai pameran di hadapan khalayak”


“Kenapa anda harus meletakkan perwakilan dalam kostumnya, minta dia wawancara dan kemudian memberitahu dia sebenarnya tidak menang adalah hanya pilihan pengarah pentas” ditambah Elainedaly.


Walaupun Shweta bukan pemenang, netizen tetap memberi kata semangat untuk tidak berputus asa dengan kejadian tersebut dan Malaysia akan menang dalam pertandingan yang akan diwakil pada masa akan datang.


“Sangat kecewa dengan kejadian ini tetapi saya tetap sokong Swetha dan dia merupakan pemenang untuk kami” kata salah seorang netizen di Instagram.


Kesalahan ini bukan satu perkara yang baru berlaku kerana Steve Harvey pernah mengumumkan juara Miss Universe 2015 yang sepatutnya perlu diberikan kepada wakil Filipina tetapi diumumkan salah oleh beliau.


Pemenang Kostum Terbaik tahun 2019 adalah jatuh kepada Miss Filipina, Gazini Ganados.


Sumber: Astro Awani

9 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page