top of page
  • Writer's pictureUmi Hanisah Jeshri

Keunikan Artifak Muzium Penjara Melaka Jadi Tarikan utama Pelancong

Penulis: Umi Hanisah Jeshri

Penyunting: Nurul Yasmin Yuhanis Ahmad Yunus


Contengan di dinding sel penjara. Sumber Foto: Umi Hanisah


Keunikan Artifak Muzium Penjara Melaka menjadi tarikan


Muzium Penjara Melaka ini mempunyai keunikannya tersendiri kerana tersimpan segala perkara dan rahsia yang menjadi warisan sejarah penjara seperti artifak hasil lukisan banduan dan artifak lama yang disimpan di penjara sebagai pameran.


Di dalam penjara ini terdapat beberapa sel dan di setiap dinding terdapat lukisan yang menggambarkan perasaan banduan ketika itu seperti perasaan kesal, sunyi, rindu kepada orang tersayang, mengira hari untuk dibicara dan sebagainya.


“Lukisan banduan di dalam penjara adalah hasil daripada ekspresi perasaan yang mereka alami ketika menjalani hukuman. Ia juga sering menjadi tumpuan para pengunjung yang membuat lawatan ke muzium ini,” jelas Tuan Mohd Zaidi Bin Alias, Penolong Komisioner Penjara, ketika ditemu bual oleh wartawan Nadi Bangi.


Tuan Zaidi juga turut berkongsi tentang artifak lama yang masih dijaga dengan elok oleh Jabatan Penjara Malaysia.


“Kami juga masih mempunyai beberapa artifak lama yang masih ada di beberapa penjara lain seperti batu mayat, alat belenggu zaman British, pintu gerbang penjara dari abad ke-19, meriam lama serta siren lama yang dibunyikan dengan kaedah pusing menggunakan tangan,” ulas beliau.


Selain itu daripada artifak, terdapat juga bahan ilmu yang disimpan untuk memberi pengajaran kepada masyarakat. Pengunjung juga berpeluang untuk melihat koleksi baju banduan yang dipamerkan mengikut warna dan kategori yang sehingga kini masih digunakan untuk menentukan jenis peringkat banduan.


Memberi pengalaman yang baru kepada pengunjung


Pengunjung juga berpeluang untuk masuk ke dalam sel-sel penjara melihat sendiri barangan yang digunakan oleh banduan seperti baldi, sabun, mangkuk, tempat pembuangan najis dan sebagainya.


Menurut salah seorang pengunjung di situ, Nurul Huda Azhar, 32, beliau berkata pengalaman yang berbeza apabila melawat muzium penjara ini tidak sama seperti muzium-muzuim lain mungkin kerana ia pernah menjadi tempat banduan menghuni dan yang paling meninggalkan kesan kepada saya ialah ketika melawat bilik hukuman gantung.

Pengunjung boleh melawat ke mana-mana tempat yang dibenarkan di dalam penjara ini untuk melihat sendiri sejarah realiti kehidupan banduan sebagai contoh bagaimana hukuman sebat dijalankan terhadap mereka. Pengunjung juga berpeluang memegang sendiri jenis-jenis rotan yang digunakan.

Menurut Nurul Alya Azmir, 26, pengalaman berkunjung buat pertama di p kali beliau dapat melihat keadaan dalam penjara itu sendiri seperti melihat sel-sel penjara, tempat mereka melakukan aktiviti, bilik hukuman, dan dalam masa yang sama dapat menambah ilmu pengetahuan.

“Saya baru tahu bahawa banduan yang ditahan mempunyai peringkat dan dapat dibezakan melalui warna baju. Selain itu, antara pengalaman paling berharga adalah waktu melihat sel akhir dan bilik hukuman gantung. Keadaan yang agak sayu bagi saya ketika itu, ” katanya.

Menjadi Salah Satu Tarikan pelancong ke Melaka


Muzium penjara melaka ini mampu menjadi tarikan kepada pengunjung kerana keunikan sejarahnya. Menurut Nurul Huda, 32, penjara-penjara di Malaysia mempunyai tarikan identiti sejarah yang tersendiri untuk diceritakan kepada para pengunjung.

Tambahan pula, Muzium Penjara Melaka telah membuat pelbagai inisiatif untuk menjadi tarikan pelancong. Antaranya ialah dengan mengadakan “pocket show” dalam sebulan sekali. Inisiatif ini mempersembahkan perjalanan kehidupan akhir seorang banduan dan pastinya pengunjung akan berlinangan air mata ketika menyaksikanya kerana memperoleh pelbagai ikhtibar.


Selain itu, terdapat 46 jenis pameran disediakan dan agak berbaloi dengan bayaran yang dikenakan untuk pengunjung iaitu RM3 buat dewasa dan RM1 buat kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun.


Bagi pendapat Nurul Alya Azmir, 26, Muzium penjara ini mampu menjadi tarikan pelancong kerana mengajar kita tentang kehidupan sebenar seorang banduan yang bukan hanya menjalani hukuman sahaja di penjara tetapi mereka juga melakukan aktiviti lain seperti memasak, menjahit, melukis dan sebagainya.



Sumber Foto: Umi Hanisah


Sejarah Pembukaan Muzium Penjara Melaka


Penjara Melaka ditubuhkan pada tahun 1860 dan merupakan penjara yang kedua tertua di Malaysia yang telah menjangkau usia lebih 100 tahun. Penjara ini penuh dengan sejarah penjenayah ganas, perompak, gangster, pembunuh dan sebagainya. Muzium yang sebelum ini dikenali sebagai ‘Her Majesty Jail’ dan pernah menempatkan kira-kira 500 banduan dalam sesebuah masa.


Pada tahun 2010 ia telah dikosongkan untuk dijadikan muzium. Bangunan penjara yang terletak di Bandar Hilir Melaka itu dijadikan Muzium penjara kerana sejarah bangunan serta keadaan struktur bangunan yang tidak sesuai untuk dihuni. Pada 27 Januari 2010 Jabatan Penjara Malaysia telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan peruntukan sebanyak 1.5 juta untuk mengubah suai Penjara Bandar Hilir untuk dijadikan sebuah Muzium Penjara Malaysia.

Muzium ini telah mula dirasmikan pada 20 November 2014 yang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob, Yang Dipertua Melaka. Waktu operasinya adalah pada setiap hari Selasa hingga Ahad, pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang manakala ia ditutup pada setiap hari Isnin.

Tuan Mohd Zaidi Bin Alias juga berkongsi, pada zaman dahulu banduan tidak diberikan ilmu psikososial, kemahiran serta penerapan elemen kerohanian seperti yang kita lakukan pada hari ini. Jenis hukuman ketika itu lebih kepada bentuk penderaan dan penyeksaan seperti memecahkan batu, memukul sabut kelapa untuk membuat tali dan bermacam-macam lagi.


211 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page