top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

KEUNIKAN DI G2G ANIMAL GARDEN

Penulis: Ayu Maisarah Lutas binti Asril

Penyunting: Nur Alni Fuzuwan


Sumber: Nur Alni & Instagram g2ganimalgarden


Inginkan kawasan di mana keluarga anda boleh beriadah dan menikmati alam sekitar pada masa yang sama? Kunjungilah G2G Animal Garden, sebuah zoo yang bertemakan petting zoo yang terletak di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), yang menawarkan interaksi bersama pelbagai jenis haiwan. G2G Animal Garden ini juga menjadi salah satu daripada lebih 20 petting zoo yang menarik di Lembah Klang dan mempunyai daya tarikan tersendiri, terutama sekali bagi kanak-kanak.


G2G Animal Garden merupakan destinasi yang memukau untuk semua golongan terutamanya golongan kanak-kanak yang ingin mengalami pengalaman unik bersama haiwan-haiwan yang boleh disentuh dan didekati secara langsung. Dengan pelbagai jenis haiwan yang mesra dan persekitaran yang selamat, taman haiwan ini membolehkan kanak-kanak menikmati sentuhan secara 'hands-on' yang dapat mendidik, menghiburkan serta sekaligus merangsang minat terhadap alam sekitar. Pengunjung juga berkesempatan untuk berjumpa dengan Iskandar Si Ayam Kampung berkaki pendek.


Menurut Renjer G2G Animal Garden, Fakrul Hakimi, 21, G2G Animal Garden ini mempunyai lebih daripada 150 haiwan yang mewakili kira-kira 80 spesis yang berbeza. Zoo ini bukan hanya menyediakan pengalaman petting zoo, tetapi juga menawarkan pelbagai interaksi lain dengan haiwan-haiwan yang menarik seperti Joy Ride iaitu menaiki kuda poni dan


Haiwan yang ada di G2G ini kebanyakan adalah jinak dan pengunjung dapat berinteraksi dengan haiwan-haiwan ini secara selamat. Haiwan seperti ular dan reptilia yang lain pula diletakkan di dalam aquarium berkaca dimana pengunjung boleh melihat secara dekat dengan selamat.


Dari rumah kucing yang manja, guinea pig, sehingga arnab yang comel, pengunjung tidak akan merasa jemu untuk bermain dan berinteraksi dengan haiwan di dalam petting zoo ini. Selain itu, terdapat juga ternakan kampung seperti ayam, kambing, dan biri-biri yang memperkenalkan kehidupan luar bandar kepada para pengunjung. Di sini, mereka boleh menyentuh dan memberikan makanan kepada haiwan-haiwan tersebut serta mencipta pengalaman dan menambah ilmu baharu.


Iskandar Si Ayam Kampung

Sumber: Ayu Maisarah


Yang menambahkan lagi keistimewaan G2G Animal Garden ini adalah seekor ayam baka Brahma berkaki pendek bernama Iskandar dan berusia 4 tahun. Ayam ini berkeliaran di sekitar kawasan zoo dan tidak mempunyai kandangnya sendiri. Ini merupakan salah satu taktik untuk menarik perhatian pengunjung dengan gelagat ayam ini yang sentiasa berada di setiap pelosok sekitar zoo tersebut.


Menurut Fakrul Hakimi, ayam ini memang bergerak bebas dalam kawasan G2G Animal Garden agar pengunjung dapat berinteraksi dengan secara langsung.


Gelagat Iskandar yang berjalan santai di sekitar kawasan zoo dengan cirinya iaitu kakinya yang pendek dan sangat pantas ini dapat mencuit hati para pengunjung.


Rumah Kucing di G2G Animal Garden

Sumber: Instagram g2ganimalgarden


Selain daripada Iskandar Si, tempat ini juga unik dan lain daripada zoo-zoo lain kerana G2G Animal Garden ini menyediakan Rumah Kucing yang berpenghuni dengan pelbagai jenis baka kucing di dalam kawasan petting zoo G2G Animal Garden.  Rumah kucing ini juga menjadi tarikan utama pengunjung untuk melawat ke G2G Animal Garden.


Menurut seorang pelajar tadika yang mengikuti lawatan sekolah, Mikayla, 6, haiwan yang paling dirinya teruja untuk berjumpa ialah kucing dan ingin membelainya. Kewujudan rumah kucing ini sememangnya berjaya menarik pengunjung terutamanya kanak-kanak kecil melawat ke tempat ini.


Pengunjung dapat masuk ke dalam rumah kucing ini mampu berinteraksi serta bermain bersama-sama kucing ini. G2G Animal Garden ini juga turut menyediakan mainan kucing yang membenarkan pengunjung bermain dengan haiwan-haiwan bulus ini.


Bagi mereka yang merancang untuk melawat G2G Animal Garden, taman haiwan ini dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dan beroperasi pada jam 10 pagi hingga 6 petang. G2G Animal Garden menawarkan akses kepada pengunjung untuk menikmati pengalaman unik dengan haiwan-haiwan yang ada di sana. Selain daripada itu, harga tiket yang ditawarkan juga sangat berpatutan, memberikan nilai yang luar biasa untuk pengalaman menyeronokkan di dalam taman haiwan ini. Datanglah beramai-ramai ke G2G Animal Garden dan meluangkan masa bersama-sama dengan haiwan-haiwan disini.














16 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page