top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Kitajaga.co Bukti Masyarakat Malaysia Prihatin Terhadap Golongan Terkesan

Oleh: Azmi Nordin

Penyunting: Rahimi Rahim


Sumber : Laman sesawang Kitajaga.co


KUALA LUMPUR, 6 Julai - Kempen ‘bendera putih’ yang tular baru baru ini disambut baik oleh masyarakat, kini Terato Tech turut membantu dari segi membangunkan laman sesawang yang mengibarkan ‘bendera putih’ secara atas talian buat mereka yang memerlukan bantuan di kitajaga.co.


Laman sesawang ini beroperasi antara dua hala dimana mereka yang memerlukan bantuan akan menandakan lokasi di mana mereka tinggal dengan penanda ‘bendera putih’ di atas peta manakala pihak yang ingin memberikan bantuan atau menyediakan bank makanan turut disertakan papan tanda yang menunjukkan keberadaan mereka dengan penanda ’kotak makanan’ berwarna biru. Papan tanda “bendera putih” boleh dikongsikan di media sosial melalui butang ‘kongsikan’ untuk diketahui oleh mereka yang tinggal berhampiran dengan kawasan bendera itu dikibarkan.


Masyarakat di Malaysia jelas prihatin antara satu sama lain. Ini dapat dilihat apabila simbol bank makanan semakin bertambah di dalam peta laman sesawang Kitajaga.co selepas tular di media sosial Twitter tentang laman sesawang ini yang dikongsikan oleh @magmalaya dengan 13.3 ribu kicauan semula dan 10 ribu tanda suka.


Menurut Reza Razali di aplikasi Twitter miliknya, kitajaga.co dibangunkan disebabkan oleh idea daripada rakannya Achan yang ingin membuat aplikasi dimana ‘bendera putih’ dapat dikibarkan secara atas talian. Waktu rehat hujung minggu mereka digunakan untuk membangunkan aplikasi ini secara bersama. Dan jika ada sebarang masalah berkenaan laman sesawang itu sila rujuk kepadanya semula.


“My team @TeratoTech built this (kitajaga.co). Late on friday Achan had an idea to build an app untuk pasang bendera online . Together with Edo, Hisyam, Basyrun this was built over the weekend. Pls share if u encounter any bugs!.” @rezarazali


Pelbagai reaksi daripada netizen dapat dilihat selepas mereka melihat apa yang laman sesawang ini dapat lakukan. Sudah pastinya perasaan gembira selepas melihat begitu banyak bantuan yang disalurkan oleh masyarakat kepada yang memerlukan dan sedih dengan penambahan jumlah mereka yang memerlukan bantuan dari hari ke hari di laman sesawang itu. Turut dapat dilihat cadangan penambahbaikan buat kitajaga.co yang akan memudahkan urusan di antara pemberi dan penerima bantuan.


“Aku jadi bengang pulak bila tengok benda ni. Sebab semua benda rakyat kene buat sendiri, semua benda rakyat sndri fikir solution. End up kita jaga kita.Anyways semoga anda semua yg buat ni, & kita semua murah rezeki & dipermudahkan urusan.” @lee_asyraf


“MasyaAllah this is amazing. I sent the link to 1 of my friend this morning and bantuan terus sampai petang tadi. Yg memberi bantuan tu sangat prihatin, siap minta resume and tolong carikan kerja. And magically malam ni ada 7 orang whatsapp nak ambil dia bekerja. SubhanAllah” @SyamimieSuhaili


“Just the right product to deliver the purpose. UIUX yang senang. Cuma tak boleh handle high traffic je buat masa ni. Good initiative and bless you and team.” @alfiezik


Inisiatif ini sedikit sebanyak membantu golongan yang memerlukan bantuan tetapi malu untuk mengangkat bendera putih secara praktikal. Mengangkat bendera secara atas talian dilihat sebagai solusi masalah ini sekaligus memperlihatkan dengan lebih jelas dimana masyarakat di Malaysia ini saling bekerjasama dalam saling bantu membantu. Buat mereka yang memerlukan bantuan dan ingin memberikan bantuan boleh terus ke laman sesawang kitajaga.co.






201 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page