Nadi Bangi
KKM juara Kejohanan Tarian Singa UKM
Penulis : Preti Kaur Gill
Penyunting : Fazrinah Sadiq

Sumber foto : Preti Kaur Gill
BANGI, 7 Mei - Pasukan Kolej Keris Mas telah dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM700 berserta sijil penghargaan dan hamper dalam kejohanan tarian singa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang berlangsung di Dewan Gemilang, UKM ajuran Sekretariat Pesta Ang Pow UKM.
Naib juara yang mendapat pugutan mata sebanyak 7.83 iaitu perbezaan 0.16 mata dengan pasukan Kolej Keris Mas membawa pulang hadiah wang tunai RM500 berserta sijil penghargaan dan hamper. Tempat ketiga pula membawa pulang RM300, sijil penghargaan dan hamper.
Kejohanan ini disertai oleh 12 orang pelajar tempatan dan antarabangsa UKM yang dibahagikan empat buah pasukan.
Menurut Ketua pasukan Kolej Keris Mas, Tan Chin Hong, pelajar Sarjana Sains Sosial Pengurusan Komunikasi, berkata mereka hanya berlatih selama seminggu iaitu 2 jam sehari. Beliau berhujah bahawa dia mula menyertai tarian singa pada tahun 2018 disebabkan minat.
“Sebelum ini, saya pernah menyertai kejohanan tarian singa dan mendapat naib juara dengan perbezaan mata yang sangat sengit iaitu hanya 0.01 dengan pasukan juara. Ini membuatkan saya ingin menyertai lebih banyak kejohanan sebegini.
“Walaupun kami mengalami banyak kecederaan ketika latihan, pekara ini tidak menghalang saya untuk berputus asa dengan mudah,” ujarnya.
Untuk menjuarai kejohanan tersebut, mereka mengambil risiko yang tinggi dengan menggunakan pergerakan yang sukar untuk dilakukan walaupun pasukan mereka mempunyai seorang ahli yang tidak pernah menyertai kejohanan sebegini.
Bak kata salah seorang ahli kumpulan juara, Cham Yang Chyi pelajar Sarjana Muda Sains dengan Kepujian Statistik (tahun 4), ‘take the risk to take the lead’.
“Saya berharap para pelajar yang ingin mencuba tarian singa dialu-alukan untuk menyertai kejohanan sebegini kerana kita dapat mempelajari ilmu baharu justeru meningkatkan kekuatan fizikal”, tambahan Tan.
Kejohanan ini dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pengarah UKM merangkap Pengerusi Majlis Alumni UKM iaitu Dato’ Yeow Wah Chin serta dihadiri oleh pelajar UKM dan orang awam.
Kejohanan ini dimulakan dengan persembahan tarian dari kumpulan penari iaitu ZeppoYoungsterz dan diakhiri dengan nyanyian dari Jasmine Chong.