top of page
  • Writer's pictureNajwa Ismet Badjened

Kolej Aminuddin Baki dilanda banjir

Penulis: Najwa Badjened

Penyunting: Nabila Najwa

Sumber Gambar: Muhammad Alif Qayyum bin Ramli, Ketua Eksekutif Pelajar merangkap Eksekutif Kebudayaan Kolej Aminuddin Baki.


BANGI, 21 Nov - Kejadian banjir telah berlaku di Kolej Kediaman Aminuddin Baki, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada hari rabu lepas.

Kolej Aminuddin Baki merupakan antara kolej yang terletak di kawasan atas bukit namun disebabkan hujan lebat yang turun tidak berhenti-henti telah mengakibatkan sesetengah blok perempuan serta pusat pentadbiran, surau dan bilik aktiviti pelajar dimasuki air.

Salah seorang penghuni kolej kediaman yang berada di tempat kejadian berkata air yang melimpah masuk dekat foyer kolej dan air yang mengalir seperti air sungai.

“Saya tak sangka banjir kali ini agak teruk daripada yang sebelum ini. Apabila saya lihat blok kolej di hadapan air sudah mula naik dan sekiranya hujan masih lagi berterusan, berkemungkinan menyukarkan pelajar yang berada di tingkat bawah di ruangan bar dobi untuk naik ke bilik mereka kerana air yang sedang mengalir dengan deras,” kata Anis Najwa , salah seorang penghuni Kolej Aminuddin Baki.


Ketua Eksekutif Pelajar merangkap Eksekutif Kebudayaan Kolej Aminuddin Baki, Muhammad Alif Qayyum bin Ramli berkata kejadian ini bukanlah kali pertama terjadi di kolej ini, walaubagaimanapun kejadian banjir kali ini sememangnya di luar jangkaan dan situasinya lebih serius.

“Banjir kali ini lebih teruk berbanding sebelum ini kerana laluan masuk ke ruang foyer juga dinaiki air banjir sehingga paras lutut .

“Kami telah menghubungi dan meminta bantuan wisma aman untuk memantau pergerakan pelajar semasa kejadian ini berlaku,” tambah Qayyum semasa ditemubual.

Selepas air banjir surut, terdapat beberapa sukarelawan yang terdiri daripada majlis eksekutif pelajar dan beberapa pelajar tahun 1 telah turun padang bantu untuk bergotong royong membersihkan kawasan kediaman kolej yang terkesan dengan banjir.


Selain itu, pihak pentadbiran juga telah mengarahkan tender pencucian untuk memantau dan membersihkan longkang yang tersumbat supaya kawasan tersebut dapat dibersihkan dengan baik .

16 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page