top of page
  • Writer's pictureNur Farzana Nafiz

Kolej Keris Mas Johan Busana Keluarga Malaysia

Penulis: Farzana Nafiz

Penyunting: Nurfaizatul Huda Ahmad

Sumber Gambar: Kelab Lantera Mas @lanteramas.kkm


BANGI, 27 Nov- Kolej Keris Mas telah berjaya menjadi Johan dalam Pertandingan Busana Keluarga Malaysia sempena Karnival Konvokesyen UKM ke-50 yang berlangsung selama 7 hari dari 25 November sehingga 1 Disember.


Busana Keluarga Malaysia merupakan salah satu pertandingan yang dianjurkan untuk memeriahkan lagi Karnival Konvokesyen UKM dan disertai oleh wakil-wakil dari kolej kediaman di UKM.


Noor Sahila binti Mohamed Sulaiman, 22, telah dinobat sebagai johan pertandingan mewakili Kolej Keris Mas dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM500 serta sebuah trofi.


Beliau menyatakan bahawa pakaian yang diperagakan pada hari tersebut adalah hasil perbincangan dan persetujuan daripada ahli kelab Lantera Mas sendiri kerana ingin membawa kelainan dalam pertandingan ini.


“Apabila ahli Kelab Lantera Mas memberi idea untuk memperagakan Sari India dipentas nanti untuk menampakkan kelainan, saya terus bersetuju dengan pendapat mereka kerana jarang pakaian seperti Sari digunakan untuk pertandingan seperti ini,” katanya.


Selain itu, mereka telah melakukan banyak persiapan dan latihan dari segi persembahan, pakaian, cara jalan serta ekspresi muka yang betul untuk memenangi pertandingan tersebut.


“Ada beberapa orang kawan berbangsa India datang untuk menolong saya memakai Sari serta mengajar saya cara yang betul untuk menggayakan pakaian ini.


“Selain ibubapa saya, rakan-rakan merupakan sokongan terbesar dan telah banyak membantu saya dalam pertandingan ini,” ulasnya lagi.


Beliau berkata bahawa, peluang untuk memasuki pertandingan atau aktiviti di kolej seperti ini jangan disia-siakan.


Menurutnya, aktiviti ini dapat membantu kita di kemudian hari terutamanya setelah kita tamat pengajian dan memasuki industri yang sebenar.


“Pelajaran memang penting, tetapi bakat yang kita ada juga harus ditonjolkan.


“Jika tidak ditunjukkan bakat ini , orang tidak akan tahu kemampuan diri kita yang sebenar, di samping ia dapat membantu kita keluar daripada zon selesa,” jelasnya.


22 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page