• Ahmad Fayyadh

Kolej Rahim Kajai Anjur Pesta Ponggal Buat Pertama Kali

Penulis: Ahmad Fayyadh Muhamad

Penyunting: Aina Umairah Muhammad Dhalan


Sumber: F.com Indian Society (fins)


BANGI, 14 Jun - Sambutan Pesta Ponggal telah diadakan secara fizikal buat kali pertama selepas pandemik COVID-19 di Kolej Rahim Kajai pada 11 Jun yang lalu dan berjaya menarik pelbagai bangsa untuk turut serta.


Pesta Ponggal atau pesta menuai merupakan salah satu perayaan unik buat masyarakat India sebagai tanda kesyukuran kepada alam semula jadi yang telah memberikan rezeki yang banyak.


Menurut pengarah program, Mineshwara A/L Ramaispran berkata tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar yang berbangsa lain untuk lebih mengenali dengan mendalam tentang budaya bangsa India.


“Program ini dilaksanakan bagi menggalakkan pelajar berbangsa lain untuk menambah ilmu pengetahuan tentang budaya India dan mengeratkan budaya India dalam kalangan orang ramai.


“Kondattam membawa maksud sambutan dan ia bagi nama program ini bermaksud sambutan bersama pelajar rahim kajai,” kata Mineshwara.


Wartawan Nadi Bangi ada membuat tinjauan semasa program ini berlangsung, terdapat pelbagai aktiviti yang telah diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan ini dengan jayanya. Lebih 60 pelajar daripada pelbagai bangsa yang telah menyertai program ini.


Program Kajai Kondattam ini telah berlangsung selama dua hari yang terdiri daripada Ponggal Tiruvizha, Food booth dan Kajai De Rangeela (Holi Fest).


“Pelbagai aktiviti telah dilakukan sepanjang program ini berlangsung seperti masakkan ponggal, uri adithal (permainan memecah belanga), pertandingan kolam dan pelbagai aktiviti,” kata pengarah program itu.


Salah satu aktiviti yang dijalankan semasa sambutan Ponggal

Sumber : F.com Indian Society (fins)

Salah satu aktiviti yang dijalankan semasa sambutan Ponggal

Sumber : F.com Indian Society (fins)


Mineshwara berkata aktiviti yang dijalankan ini merupakan antara aktiviti tradisional masyarakat India yang kebiasaannya diadakan semasa sambutan Pesta Ponggal.


“Aktiviti ini merupakan antara aktiviti tradisional masyarakat India yang ramai tidak tahu. Oleh itu, kami ingin mengadakan aktiviti-aktiviti ini untuk menunjukkan budaya kami kepada orang ramai terutamanya warga Kolej Rahim Kajai,” katanya lagi.


Turut hadir Pengetua Kolej Rahim Kajai, Prof. Madya Dr. Razaleigh Muhamad @ Kawangit bagi memeriahkan lagi program ini serta merasmikan sambutan Pesta Ponggal yang buat kali pertamanya telah diadakan di Kolej Rahim Kajai.



46 views0 comments