top of page
  • Writer's pictureZurain Syahira

Kolej Ungku Omar Rangkul Kejuaraan ICAF 22'

Penulis: Zurain Syahira

Penyunting: Yasmin Alyaa Fathinah



BANGI , 23 Jun : Kolej Ungku Omar berjaya merebut gelaran juara dalam ICAF 22’ dan mengalahkan 9 kolej yang bertandingan dengan mendapat johan dalam empat acara dan dua naib johan daripada lapan acara yang dipertandingkan.


Festival ICAF 22’ merupakan festival kebudayaan yang menggabungkan pelbagai pertandingan kebudayaan antaranya tarian rampaian tradisional, nasyid, nyanyian irama melayu, teater monolog dan banyak lagi. Hampir semua kolej kediaman Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menghantar penyertaan termasuk kolej kediaman di Titiwangsa, Kuala Lumpur iaitu Kolej Tun Syed Nasir.


Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil berkata program ini mengembalikan semula semangat pelajar dalam menyertai aktiviti kokurikulum di universiti dan mula menjalani keseronokan kehidupan di universiti. Program kebudayaan ini merupakan program yang baik untuk diteruskan bukan sahaja untuk mengekal semangat kebudayaan dalam diri pelajar malah untuk membantu pelajar menggilap bakat kesenian mereka melalui ucapan perasmian beliau.


“Kami sangat teruja apabila ICAF ini kembali diadakan kerana dua tahun pembelajaran dalam tempoh pandemik dan secara atas talian secara jujur tidak begitu seronok. Dengan ICAF, kami dapat berjumpa rakan dari kolej lain dan menyokong pasukan kolej masing-masing dengan perlawanan sorakan” kata Nor Aisyah Binti Norazman , 23, Pelajar Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM.


“Kemeriahan ICAF ini dengan sorakan pelajar semestinya membawa satu perasaan yang sangat gembira menunjukkan betapa sebuah program sebenarnya dapat menyatukan pelajar. Walaupun kami bersorak dan menyokong pasukan kolej kami sendiri, akan tetapi sokongan asas masih diberikan kepada pasukan kolej lain yang bertanding untuk menambah semangat mereka”, kata Nuurul Afreena Binti Yusaini, 22, Pelajar Fakulti Sains dan Teknologi.


Menurut Muhammad Alif Badrul Bin Hisham, 21, peserta ICAF 22’ festival ini membuka ruang bagi pelajar untuk mempelajari ilmu kebudayaan dan kesenian dengan bantuan kakitangan dari Pusat Kebudayaan UKM. ia memberi kami platform untuk mencuba benda baharu dan membuat ramai kawan dari kolej lain sepanjang festival berlangsung. Bukan itu sahaja, ia juga menunjukkan semangat kami sebagai satu warga UKM dan berrsama-sama menyokong program anjuran universiti.


ICAF 22’ telah bermula sejak 11 Jun 2022 dan disertai oleh 10 buah kolej. Ia menggabungkan pelbagai pertandingan kebudayaan antaranya tarian rampaian tradisional, nasyid, nyanyian irama melayu, teater monolog dan banyak lagi. Hampir semua kolej kediaman Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menghantar penyertaan termasuk kolej kediaman di Titiwangsa, Kuala Lumpur iaitu Kolej Tun Syed Nasir


46 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page