Penulis: Aisyah Antasya binti Shamsol Jazlisham
Penyunting: Muhammad Amir Ridzuan bin Ruslee
Sumber Foto: Youtube MeleTOP
SHAH ALAM, 7 Nov- Program Konsert 4 Peace MeleTOP yang seharusnya berlangsung pada 7 November lalu bertujuan bagi memperingati tentang isu Palestin telah digantikan dengan Rancangan Khas MeleTOP setelah menerima kecaman dari netizen.
Rancangan Khas MeleTOP yang dilangsungkan telah menukar konsep dari segi persembahan, pemilihan lagu dan juga barisan artis bagi menghormati dan mengikuti kepada kesesuaian keadaan. MeleTOP yang juga merupakan antara sebuah rancangan hiburan lokal terkenal menyiarkan carta lagu, filem serta gosip terkini di dalam dan di luar Malaysia.
Menurut Penerbit Eksekutif program MeleTOP, Sazilatul Ahamad, pihak rancangan menukar Konsert 4 Peace MeleTOP kepada Rancangan Khas MeleTOP di saat akhir selepas menerima maklum balas negatif daripada netizen.
“Kami memahami dan menghormati pandangan mereka. Setelah perbincangan dibuat, kami memilih untuk menukar konsep Rancangan Khas pada malam ini. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama kami membuat Rancangan Khas dalam MeleTOP. Sebelum ini, kami juga pernah melakukan program khas seperti isu kehilangan MH370 misalnya. Rancangan Khas pada malam ini juga adalah antara salah satu daripadanya,” ujar Penerbit Eksekutif MeleTOP tersebut.
“Kami juga turut menukar venue pada saat akhir oleh kerana isu maklum balas yang kami terima baru-baru ini. Malahan barisan artis, persembahan, dan lagu-lagu juga terpaksa ditukar,” tambah beliau lagi.
Beberapa persembahan telah diubah dan pemilihan lagu juga dipertimbangkan semula bagi mengikut kesesuaian konsep rancangan. Terdapat juga slot khas yang diselitkan seperti bacaan Doa Qunut Nazilah dan Selawat Badar dialunkan oleh penyanyi dari kumpulan UNIC.
Tujuan utama Rancangan Khas ini diadakan adalah untuk mengingati dan bersimpati terhadap penindasan kejam yang dilalui oleh rakyat Palestin. Pihak rancangan juga membuka ruang bagi sesiapa yang ingin menyumbang, melalui Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP). Secara tidak langsung Rancangan Khas ini dijadikan sebagai platform untuk berhibur sambil beramal.
🇵🇸
Perkongsian info yang menarik 👍🏻
Terbaik...
from the river to the sea 🇵🇸
❤️❤️❤️