top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Konsert One Ok Rock Kembali Ke Malaysia

Penulis: Choong Wei Hang

Penyunting: Gwee Hui Ching



Sumber foto: Instagram @oneokrockoffcial


KUALA LUMPUR, 17 Dis - Sebuah konsert kumpulan dari Jepun, One Ok Rock kembali semula ke Malaysia untuk konsert jelajahnya yang diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil pada dua hari lepas.


One Ok Rock merupakan sebuah kumpulan rock Jepun yang ditubuhkan di Tokyo, Jepun pada tahun 2005. Kumpulan tersebut kini terdiri daripada ahli vokal, Takahiro Moriuchi, pemain gitar, Toru Yamashita, pemain bass Ryota Kohama, dan pemain gendang Tomoya Kanki. 


Sebelum ini, mereka pernah melangkau di Malaysia semasa konsert jelajah di Asia pada tahun 2015 dan 2017. Hal ini telah mengecewakan peminat pada masa itu. Namun pada masa kebelakangan ini, mereka membuat kepulangan yang sudah lama dinanti-nantikan oleh peminat dengan mengumumkan konsert jelajah di Asia ‘Luxury Disease’ yang dijadualkan dari bulan September 2023 dan berlangsung di Malaysia pada Disember 2023. 


Konsert ini adalah konsert rasmi pertama bagi One Ok Rock sejak mereka membuka persembahan di Malaysia untuk penyanyi lelaki United Kingdom, Ed Sheeran semasa konsert jelajah di Asia 'Divided’ pada tahun 2019.


Nadi Bangi sempat menemubual beberapa peminat terhadap konsert tersebut. Puteri Maisarah Nazirah Mohd Nazri, 23, menyatakan bahawa ini merupakan kali pertama dia menyertai konsert One Ok Rock.


“Saya kehilangan suara saya tetapi rasa semuanya berbaloi. Saya tidak menyesal dan melihat persembahan mereka di atas pentas adalah sangat menakjubkan. Sampai sekarang saya masih tidak boleh move on dari ini,” ulasnya.


Menurut kata seorang lagi peminat, Kevin Tie Ang Hong, 22, berpendapat bahawa konsert ini adalah festival yang membolehkan para peminat nikmati dari segi penglihatan dan pendengaran.


“Saya sangat gembira untuk datang ke konsert One Ok Rock ini. Walaupun mereka membuat konsert di sini adalah sejak 10 tahun yang lalu, tapi saya sangat gembira kerana mereka boleh datang ke Malaysia semula.


“Memandangkan ini ialah kali pertama saya menyertai konsert, tempat duduk yang saya beli agak belakang, tetapi jika ada lain kali saya pasti akan membeli tempat duduk di hadapan dan menikmati konsert itu,” ulasnya.


Seorang peminat yang dikenali sebagai Nur Hazirah Mohd Fuat, 29, menonjolkan kegembiraannya terhadap konsert tersebut dan dia juga menaruhkan harapan yang tinggi terhadap aktiviti mereka yang bakal diadakan pada masa depan.


“Sangat teruja! Saya suka setiap saat kerana ia adalah salah satu perkara dalam senarai hasrat saya. Saya telah menjadi peminat mereka selama lima tahun dan saya sangat berharap dapat melihat persembahan One Ok Rock secara langsung sekali dalam hidup saya.


“Mereka sentiasa melebihi jangkaan saya jadi sekarang saya cukup berpuas hati dengan apa yang mereka tawarkan kepada peminat mereka. Saya juga berharap mereka lebih dikenali di peringkat antarabangsa walaupun mereka sudah mempunyai pangkalan peminat antarabangsa yang begitu besar,” katanya.


Seorang peminat setia yang paling meminati kumpulan One Ok Rock ini, Nur Irdina Mohd Sopian, 23, berkongsi tentang pengalaman konsert di Malaysia adalah lagi menggempakkan daripada konsert yang diadakan di Jepun.


“Saya pergi ke konsert mereka secara langsung di Tokyo Dome juga tetapi saya lebih suka suasana orang ramai di sini. Salah satu kelemahannya adalah pengurusan yang dikendalikan oleh penganjur di sini kerana situasi sebelum konsert bermula tidak diuruskan secara profesional.


“Semoga band ini akan berkembang lebih besar di pasaran Asia Tenggara (S.E.A), terutamanya di Malaysia supaya mereka dapat membuat persembahan di ruang konsert yang lebih besar lagi. Saya juga harap mereka boleh menyanyikan lebih daripada 20 lagu dalam konsert jelajah seterusnya di sini,” katanya.

60 views9 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page