top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Kontroversi Lagu “Fragile” Tercetus Dalam Kalangan Rakyat China

Penulis: Lim Zhi Ying

Penyunting: Nurul Syahira Jais

Sumber: Facebook


Kuala Lumpur, 11 Nov - Namawee, seorang penyanyi hiphop tempatan mencetuskan lagi kontroversi dengan lagunya yang berjudul "Fragile," viral kerana dituduh memperlekehkan negara dan rakyat China, serta menyokong kemerdekaan Hong Kong dan Taiwan secara terbuka.


“Fragile”, sebuah lagu berbahasa Mandarin yang menampilkan penyanyi China-Australia Kimberley Chen. Lagu tersebut mempunyai lirik yang penuh dengan simbol, idiom dan metafora berkisah tentang hati yang rapuh. Kandungan video muzik tersebut juga dipenuhi dengan objek, dekorasi, dan kostum yang berwarna merah jambu.


Nama Namewee kini tidak dapat dipisahkan lagi dengan kisah kontroversi sejak dahulu lagi yang bermula dengan pelancaran lagu Negaraku dan beberapa lagi video yang menimbulkan perdebatan dan pertikaian terutamanya masyarakat Melayu sehinggakan laporan polis pernah dibuat terhadapnya.


Lagunya yang terbaru itu pula lantang memihak kepada kemerdekaan Hong Kong dan Taiwan. Namewee pula berkata, dia tidak menyesal mengeluarkan lagu itu sehingga diharamkan di negara ini.


Bukan itu sahaja, apa yang lebih mengejutkan apabila Namewee turut mengaitkan elemen-elemen kelawar dalam lagu tersebut seolah-olah COVID-19 adalah datang dari China. Hal ini telah mencetuskan kemarahan dalam kalangan orang China bahawa Namewee seperti sedang mengejek rakyat mereka.


Walaupun Namewee tidak menyebut mengenai China secara langsung dalam liriknya, tetapi tema merah jambu dalam video muziknya dilihat sinonim dengan gerakan nasionalis Cina yang dikenali sebagai Little Pink.


Meskipun lagu tersebut mendapat pujian daripada peminatnya, namun rakyat China seolah tidak senang dengan kandungan muzik video berkenan. Oleh itu, Namewee dan Kimberley Chen diharamkan di China selepas lagu tersebut dimuat naik ke dalam platform sosial media.


Tidak mudah melatah dengan isu tersebut, Namewee berkata dia tidak pernah berkata apa-apa mengenai kemerdeaan Hong Kong dan Taiwan seperti yang didakwa. “Saya tidak pernah berkata apa-apa mengenai kemerdekaan Hong Kong dan Taiwan. Jika anda tidak percaya saya, anda boleh melakukan carian,” kata Namewee.


Tambahnya lagi, “Mengenai soalan ini, anda harus bertanya kepada penduduk Hong Kong dan Taiwan apa pendapat mereka. Warganegara saya adalah Malaysia. Saya tidak boleh bercakap bagi pihak mereka.”


Namewee sebelum ini diharamkan di aplikasi Weibo pada Ogos lalu kerana berkongsi catatan mengenai lapan cadangan agar Taliban memperkukuh pemerintahannya, yang semuanya mencerminkan dasar China.


Sebenarnya, Namawee bukanlah kali pertama menghina orang lain dalam lirik-liriknya tetapi dia juga pernah ditahan beberapa kali kerana lagu dan video muziknya dianggap menghina agama dan kaum lain.


Selepas lagu itu disiarkan di laman YouTube pada 15 Okt, video muzik itu telah mendapat berjuta-juta tontonan dan telah ditularkan di negara seperti Hong Kong, Taiwan, Malaysia dan Singapura. Setakat ini, video muzik itu telah mengumpul lebih daripada 29 juta tontonan.

96 views0 comments

Comments

Rated 0 out of 5 stars.
No ratings yet

Add a rating
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page