Penulis : Nurliyana Sofea bt Farid
Penyuntin : Sha-Sha Nasuha
Sumber foto: Nurliyana Sofea
BANGI, 9 Mei - Kopi klasik yang berkonsepkan kopi kampung yang dikenali dengan nama Kopi Dua Darjat sering hadir di acara yang dianjurkan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi seperti acara Food Fiesta yang diadakan di Kolej Aminuddin Baki pada 9 Mei sehingga 12 Mei 2023 dari pukul 11 pagi hingga 10 malam.
Kopi Dua Darjat merupakan sebuah jualan kopi yang mula diusahakan pada tahun 2021, semenjak tularnya wabak COVID-19 di seluruh negara. Konsep jualan jenama ini adalah harganya yang berpatutan dimana semua golongan mampu untuk membelinya, tidak kira latar belakangnya dari golongan T20, mahupun B40.
Mereka telah membuka lebih daripada 50 cawangan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan. Pengasas Kopi Dua Darjat, Syed Abdul Hadi Syed Hazah dan Azad Azmy pada awalnya, mereka mula dengan membuka gerai tepi jalan di Lakefield, Sungai Besi pada bulan Novemer 2021 dan bercadang untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara pada masa akan datang.
Menurut salah seorang usahawan Kopi Dua Darjat, Syazwani, beliau berkata, “Kami mempunyai pelbagai jenis kopi yang boleh dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu ‘Kopi Darjat Series’ dan ‘Kopitiam Series’, kami juga menyediakan minuman bukan kopi untuk mereka yang tidak gemar akan perisa kopi seperti ‘Coklat Series’ dan ‘ Matcha Series’. Apa yang membezakan antara setiap minuman yang ditawarkan adalah penggunaan sirap, vanilla, susu serta vanila yang digunakan. ”.
“Pernah sekali kami mempromosikan ‘seasonal beverages’ dimana kami menjual minuman berperisa strawberi pada awal tahun haritu, dan kami telah mendapat sambutan yang tinggi, malangnya ianya hanyalah minuman yang bermusim, kami akan mengikut arahan HQ untuk menjual balik perisa itu”.
“Kami mempunyai menu yang baru sahaja dilancarkan iaitu perisa ‘butterscotch’ untuk ketiga-tiga jenis minuman, termasuklah menu istimewa yang dinamakan ‘Menu Bisik’. Keistimewaan menu bisik ini adalah ia merupakan menu rahsia yang hanya boleh didapati di gerai Kopi Dua Darjat” ujarnya lagi.
“Kopi mereka enak dan berbaloi, kena dengan tekak saya, saya harapkan saiz cawannya boleh menjadi lebih besar,” kata Nur Sabrina, 21, salah seorang pelanggan Kopi Dua Darjat.
Menurut penghuni Kolej Keris Mas, Nurul Syafiqah, 22, beliau berkata, “Harga kopinya memang murah, tetapi rasa kopinya tidak kuat, mungkin kerana tekstur aisnya yang hancur membuatkan kopinya cepat cair”.
Salah satu penghuni Kolej Dato On, Farhanah, 23, beliau berpendapat bahawa kopi dua darjat mempunyai rasa yang lebih pekat berbanding kopi jalanan lain.
コメント