Nadi Bangi
KOS RAWATAN AINUL MARDHIAH CECAH 1 JUTA
Oleh: Hellin Nurshazwena Binti Baharudin
Penyunting: Sofia Izzati Skymmar

BANGI, 19 Mei: Kos pembedahan ke atas bayi perempuan berusia lapan bulan Ainul Mardhiah Binti Ahmad Saifuddin yang kini sedang menderita kanser mulut “Germ Cell Tumor” dijangka mencecah RM 1 Juta.
Sebelum ini, Pakar Bedah, Dr Amalina yang juga merupakan rakyat Malaysia menyatakan pasukan beliau sudah siap sedia menerima kehadiran Ainul Mardhiah ke United Kingdom bagi menjalani rawatan.
Namun, Ainul Mardhia perlu segera dibawa United Kingdom supaya dapat menjalani imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) sebelum melakukan pembedahan dengan kos rawatan dianggarkan lebih RM1 juta.
Menurut satu kiriman ‘story’ di akaun Instagram Dr. Amalina merayu kepada warga netizen untuk membantu memberi dana kepada Ainul Mardhiah supaya bayi ini dapat melakukan pembedahan di London.
Bapa bayi itu, Ahmad Saifuddin Ahmad Razak, 24, memberitahu dia tidak pernah melancarkan sebarang tabung, sebaliknya tabung kutipan yang ada dilakukan masyarakat Malaysia yang prihatin kepada adik Ainul membuatkan beliau yakin inisiatif orang ramai yang prihatin, diyakini dapat mencapai jumlah yang diinginkan.
Tambahan pula, rezeki Ramadhan buat Ainul Mardhiah apabila Ketua Menteri, Adly Zahari mengumumkan Kerajaan Melaka sudi menanggung kos penerbangan mereka ke United Kingdom untuk menjalani rawatan di sana.
Kepada sesiapa yang mahu menyumbang kepada Ainul Mardhia boleh disalurkan ke akaun Maybank Ahmad Saifuddin Ahmad Razak: 554-110-509-928.