top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Kuasa Dan Identiti Negara Punca Kepada Pergolakan Dunia

Oleh: Abdullah Zaid

Penyunting: Farhan Siddiq


Sumber: Al Jazeera


Dunia hari ini lebih huru-hara berbanding dekad sebelumnya berikutan keinginan yang membuak dalam setiap negara untuk mengejar kuasa melalui dasar perluasan kuasa ke atas negara lain dan semangat identiti yang merupakan pakaian bagi jati diri manusia dijadikan alat untuk melakukan penindasan seperti penindasan Rejim Zionis ke atas rakyat Palestin dilakukan atas nama identiti.


Kedua-dua istilah ini menjadi kata kunci kepada semua pergolakan dunia yang berlaku. Contohnya penindasan terhadap bangsa Uighur oleh pemerintah bermula dengan semangat pembentukan “identiti negara” dengan menggunakan jalan kekerasan sebagai kuasa untuk menundukkan minoriti Uighur supaya dengan ketetapan mereka. Semangat identiti yang sempit ini bukan sahaja berlaku di rantau yang bergolak sahaja, tetapi negara yang mempunyai susun jalur kesinambungan sejarah yang kuat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Sepanyol juga mempunyai masalah yang sama contohnya Brexit dan Let's make independence possible oleh wilayah catalonia Sepanyol digunakan sebagai tunjang kepada maruah dan harga diri mereka.


Identiti


Identiti ialah satu bentuk fitrah manusia yang sama penting seperti makan dan pakaian untuk kita tahu hala tuju dan matlamat kita sebagai seorang manusia. Sebagai contohnya “siapakah saya”, dalam konsep negara pula identiti ini diambil secara kolektif seperti “siapakah kita” dan identiti negara akan mempengaruhi tindakan kita untuk memilih “siapa kawan dan lawan”. Identiti juga adalah perkara yang fleksibel kerana boleh dibentuk, dinyahbentuk dan dibentuk semula bergantung kepada kepentingan negara masing-masing. Contohnya, apabila dalam peperangan negara akan memilih semangat rantau dan rumpun sebagai alat penyatuan. Manakala jika situasi lebih stabil dan aman, pendekatan nasionalisme sempit dipilih sebagai rencan identiti negara yang baru seperti bangsa dan agama.


Kesannya, pendekatan yang sempit ini telah membawa banyak perpecahan dan penindasan terhadap golongan minoriti. Contohnya, pembersihan etnik Rohingya oleh junta tentera Myanmar atas alasan golongan minoriti ini tidak mencermin identiti Myanmar dari segi warna kulit dan agama. Hasilnya, pembersihan etnik secara terancang ke atas bangsa Rohingya menyebabkan mereka menjadi pelarian terbesar dalam sejarah moden manusia.


Krisis identiti negara juga berlaku di negara maju seperti Amerika Syarikat yang menggunakan slogan make America great again yang dibawa oleh Donald Trump, berjaya mempengaruhi keputusan rakyat Amerika untuk memilih beliau sebagai presiden Amerika Syarikat untuk mengembalikan harga diri negara uncle sam berikutan prestasi ekonomi yang kian kendur berbanding negara China. Akan tetapi, slogan yang dibawa lebih bercirikan identiti sempit dan radikal, dimana semangat white supremacy dijenamakan untuk membenci kaum minoriti seperti golongan asia dan afrika-amerika. Kesannya, dalam tempoh pemerintahan Trump banyak penindasan sistem terhadap golongan minoriti seperti pembunuhan George Floyd dan perpecahan politik.


Kuasa


Sifat azali manusia mahukan kuasa dan susun atur negara lahirnya daripada sifat manusia itu sendiri. Bayangkan, jika ketiadaan kuasa maka tiada undang-undang yang boleh melindungi diri kita dan perasaan terancam ini memungkin kita untuk memiliki kuasa seperti peranan kerajaan mengenakan hukuman supaya pembentukan kontrak masyarakat menjadi lebih stabil. Negara adalah hasil daripada kolektif individu dan tindak-tanduk negara juga mencerminkan manusia yang berkeinginan terhadap kuasa yang tidak berkesudahan.


Apa yang membezakan ialah peringkat antarabangsa tidak mempunyai kerajaan dunia yang mampu mengawal tindak-tanduk negara. Perkara ini menyebabkan, negara yang mempunyai kuasa besar akan mendominasi negara lemah melalui campur tangan negara. Kesannya, banyak negara kecil menjadi sasaran mudah kepada kuasa besar untuk terus mengeksploitasi ekonomi dan kepentingan politik mereka. Contohnya, jenayah perang yang dibuat oleh Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan sehingga meragut ribuan nyawa orang awam terutamanya wanita dan kanak-kanak.


Peranan “undang-undang antarabangsa” lebih bersifat normatif iaitu sesuatu yang harus dipatuhi dan tidak dikenakan hukuman pada negara yang melanggar undang-undang tersebut. Perkara ini berbeza dengan undang-undang domestik yang mempunyai autoriti untuk memberikan hukuman secara terus pada individu yang didapati bersalah.

Kekosongan inilah yang membuka peluang pada mana-mana negara untuk memperluaskan kuasa sehingga berlaku perebutan kuasa melalui peperangan dan penindasan terhadap negara kecil. Hasilnya, dunia pada hari ini sangat terdedah kepada konflik keganasan di antara negara sehingga meragut ribuan nyawa manusia yang tidak berdosa.




58 views1 comment

1件のコメント

5つ星のうち0と評価されています。
まだ評価がありません

評価を追加
ummar_alkhattab
2021年6月25日

Wahh,, ilmu yg Aku Bermanfaat 🤗,, nicee

いいね!
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page