top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Kuil tertua, Sri Maha Mariamman, Kuala Lumpur

Penulis: Alisha Farish

Penyunting: Intan Sabrina Hanapi


Sumber foto: Google


Kuil Sri Maha Mariamman merupakan kuil Hindu tertua di Kuala Lumpur, Malaysia. Kuil ini terletak di Jalan Tun H.S Lee. Kuil Sri Mahamariamman merupakan tempat yang suci bagi penganut Hindu dan dibangunkan oleh Thambusamy Pillai pada tahun 1873 yang pada mulanya merupakan kuil peribadi keluarga. Sekitar tahun 1920, kuil ini dibuka kepada umum dan keseluruhan pengurusan diserahkan kepada yayasan yang dikhususkan untuk mengendali Kuil Sri Mahamariamman ini.

Sri Mahamariamman merupakan kuil India tertua di Malaysia dan dikunjungi oleh semua umat Hindu tidak kira warga tempatan atau orang luar. Sri Mahamariamman pada awalnya bertempat di KL Railway Station, dan kemudian berpindah ke Jalan Tun HS Lee iaitu lokasi berdekatan dengan Chinatown pada tahun 1885.


1. Struktur kuil



Struktur kuil


Struktur kuilnya menyerupai bentuk manusia yang berbaring dengan posisi kepalanya berada di Barat dan kakinya di Timur. Terdapat juga menara berbentuk Piramid yang dihiasi dengan patung dewa dan dewi yang diukir oleh pengukir dari India Selatan. Penganut Hindu Tamil menganggap Sri Mahamariamman sebagai Parvati atau Dewi Ibu.


Kuil ini dibina berdasarkan struktur tubuh manusia. Dalam pada itu, terdapat 2 aspek yang berbeza iaitu agamamshastram dan shilpashastram. Agamamshastram terdiri daripada cara- cara melakukan pemujaan terhadap dewa-dewa di kuil ini, kaedah-kaedah untuk melakukan ritual yang betul terhadap dewa-dewa tertentu semasa perayaan serta perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan dalam apa-apa upacara kuil. Manakala, shilpashastram pula merangkumi tentang struktur kuil yang menyerupai dengan bahagian tubuh lelaki. Sebagai contoh, penempatan dewa ilahi adalah di bahagian kepala lelaki, tiang di hadapan tempat suci kuil mewakili bahagian perut lelaki dan struktur seperti menara yang dikenali sebagai gopuram melambangkan bahagian kaki lelaki.


2. Gopuram


Gopuram


Gopuram merupakan sebuah struktur yang berbentuk seperti menara. Perkara pertama apabila seseorang memasuki kuil Sri Maha Mariamman ini, mereka akan melihat struktur menara tersebut. Oleh itu, ia dipanggil sebagai gopuram.


Di India, semua menara di kuil yang dikenali sebagai gopuram terdiri daripada beberapa jenis batu. Sebagai contoh, salah satu menara adalah dari kuil terbesar di India iaitu Tanjavur gopuram. Begitu juga di Malaysia, menara yang dikenali sebagai gopuram diperbuat daripada marmar, granit, batu pasir dan juga simen. Pada mulanya, gopuram di kuil ini lebih kecil. Namun, selepas 40 tahun, gopuram telah dinaik taraf kepada saiz yang lebih besar dan kini gopuram di kuil ini berusia 200 tahun. Oleh itu, dapat disimpulkan mengapa kuil ini merupakan sebuah kuil utama di Malaysia.


3. Thaipussam


Keadaan semasa Thaipussam


Perayaan Thaipussam adalah untuk memperingati hari lahir Dewa Murugan iaitu anak bongsu lelaki kepada Dewa Shiva dan Dewi Parvati. Thaipusam disambut pada bulan penuh Tamil yang dipanggil Thai pada bulan Januari hingga Februari.


Setiap kali perayaan Thaipusam diadakan pada setiap tahun, kuil ini akan dikunjungi ramai penganut Hindu. Lebih 10,000 penganut agama Hindu akan berarak membawa kavadi dan periuk susu pal koodam serta memecahkan buah kelapa untuk menebus dosa. Patung Dewa Murugan dari Kuil Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S. Lee ke Kuil Sri Subramaniyar Swami, Batu Caves juga berarak dengan berjalan kaki ke Batu Caves pada jam 11 pagi pada hari Thaipusam.


Thaipusam adalah perayaan yang disambut untuk memperingati kemenangan Dewa Murugan (dewa Hindu) ke atas syaitan Surapadman menggunakan vel iaitu lembing ketuhanan yang diberikan oleh Dewa Parvati (ibu Dewa Murugan). Perayaan Thaipusam termasuk dengan upacara membawa pedati perak lima tan yang mengandungi imej Dewa Murugan dari kuil ini ke Batu Caves dan kembali semula setelah upacaranya selesai. Ini kerana ia adalah kuilutama di Malaysia dan juga sanctum sanctorum ialah Dewi Mahamariamman (Dewa Parvati).


4. Perayaan di Kuil


Suasana Pesta Ponggal


Di kuil Sri Maha Mariamman ini, terdapat 2 perayaan khas yang disambut iaitu navarathiri berlangsung selama10 hari iaitu pada bulan Ashvin (September–Oktober) dan aadi pooram menjangkau lebih 10 hari. Secara umumnya, tidak ada hari tertentu untuk disebut sebagai perayaan yang bertuah. Oleh itu, setiap bulan mempunyai perayaan tersendiri untuk disambut. Berdasarkan kalendar Tamil, terdapat 12 bulan yang mempunyai nama tersendiri. Sebagai contoh, tai, masi, pankuni, cittirai, vaikasi, aani, aadi, avani, purattasi dan aipassi. Sebagai contoh, semasa bulan cittirai iaitu pertengahan April hingga pertengahan Mei terdapat perayaan chitra pournami manakala semasa bulan vaikasi iaitupertengahan Mei hingga pertengahan Jun terdapat perayaan vaikasi visakam. Tidak lupa juga, semasa bulan aani iaitu pertengahan Jun hingga pertengahan Julai terdapat perayaan aani thirumanjanam. Maka, perayaan ini akan berterusan sepanjang bulan itu.

3 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page