top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Legenda The Hand of God Meninggal Dunia

Updated: Dec 7, 2020


Oleh: Aisyah Masri

Penyunting: Najwa Syuhadah

Sumber: Google


BANGI, 5 Dis - Bekas Pengurus Pasukan Argentina, Diego Maradona yang juga terkenal dengan gelaran The Hand of God didakwa meninggal dunia dan dipercayai akibat mengalami serangan jantung di kediamannya pada usia 60 tahun.

Dikhabarkan Maradona yang juga merupakan bekas pemain tengah Argentina sekitar tahun 80-an telah menjalani pembedahan membuang darah beku di bahagian otaknya dan mendapatkan rawatan susulan sebelum ini menurut laporan media Argentina, Clarin News.

Selepas lapan hari menjalani pembedahan tersebut di hospital, Maradona dibenarkan keluar dan pulang ke rumahnya sebelum disahkan meninggal dunia menurut sumber lagi.

Berita pemergian Diego Maradona telah menggemparkan arena bola sepak dunia terutamanya kepada Persatuan Pasukan Bola Sepak Argentina. Dalam satu kenyataan di media sosial, persatuan tersebut menyifatkan pemergian Maradona merupakan satu kesedihan dan rasa kehilangan yang amat mendalam kepada mereka dan seluruh peminat bola sepak Argentina.

“Ini kesedihan yang amat mendalam di atas kehilangan beliau buat kami. Anda akan selalu di hati kami. Legend remains victorious in spite of history”, ujar persatuan itu.

Susulan perkhabaran tersebut, terdapat beberapa bintang bola sepak dunia lain yang juga tidak ketinggalan menzahirkan rasa sedih dengan pemergian tersebut. Mereka turut berkongsi kenangan dengan memuat naik gambar bersama Maradona di akaun media sosial masing-masing.

Bintang sensasi Portugal dan juga pemenang anugerah Ballon d’Or sebanyak 5 kali, Cristiano Ronaldo menyifatkan Maradona sebagai pemain terbaik sepanjang zaman dan tiada gantinya. Beliau menzahirkan rasa sedih dan mengatakan pemergian Maradona terlalu awal baginya.

“Today I say goodbye to the friend and the world says to an eternal genius. One of the best ever. An unparalleled magician. He leaves too soon but leaves a legacy without limits and a void that will never be filled. Rest in peace, ace. You never be forgotten”, ujar beliau di akaun Twitter miliknya.

Ketua pasukan Argentina, Lionel Messi dilihat antara yang paling terkesan dan berduka cita di atas berita kehilangan Maradona. Rata-rata peminat tahu Messi merupakan anak emas yang amat disayangi Maradona. Nadi Bangi memetik kenyataan Messi yang turut menyatakan rasa sedih beliau di Instagram miliknya.

“Hari yang sangat sedih buat seluruh rakyat Argentina dan dunia bola sepak”

“Dia meninggalkan kita tetapi Diego tetap abadi. Saya akan kenang semua memori indah yang tinggal bersamanya,” kata Messi.

Lagenda Bola Sepak Sepanjang Zaman tersebut memperoleh gelaran The Hand of God apabila aksi jaringan gol luar biasa beliau ketika menentang England di aksi Piala Dunia pada tahun 1986. Maradona disifatkan sebagai pemain yang sering memberikan aksi magis serta menjadi kegilaan rata-rata peminat bola sepak. Beliau telah muncul sebanyak empat Piala Dunia bersama pasukan Argentina.

22 views0 comments
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page