top of page
  • Writer's pictureAhmad Hasif Halimi

Lah Ahmad Sebak Terkenang Siti Sarah & Adibah Noor

Penulis: Ahmad Hasif Halimi

Penyunting: Chua Yung Chi

Sumber Foto: ZainHamid Instagram


PETALING JAYA, 28 Jan - Bekas anggota kumpulan V.E, Lah Ahmad mengalirkan air mata ketika menyanyikan lagu ‘Di Pintu Syurga’ di konsert 25YearsLahAhmad yang berlangsung di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC). Lah berkata, beliau merasakan tamparan hebat buat dirinya dan tidak mampu menyembunyikan perasaan sedih terhadap pemergian sahabat baiknya yang dianggap insan luar biasa yang pernah bersama - sama di dalam industri muzik.

"Di peringkat awal penglibatan dalam industri muzik, saya naik semasa zaman Arwah Siti Sarah. Saya masih ingat beliau kenalkan saya dengan Shuib dan bagitahu suaminya menguratnya menggunakan lagu Ayu,” katanya. "Sewaktu Sarah meninggal dunia, saya dapat tahu menerusi Instagram suaminya. Pemergiannya telah membuatkan saya terasa kerana rakan seangkatan yang sama-sama berjuang telah pergi buat selamanya," tambahnya.

Dalam pada itu, Lah juga meluahkan rasa cemburu apabila kebaikan Adibah Noor sering disebut-sebut selepas pemergian sahabatnya pada tahun lepas.

"Adibah Noor atau saya lebih mesra panggil Kak Dib adalah antara yang insan baik yang saya kenal kerana sering mengambil berat tentang orang lain,” ujarnya.

"Kita kehilangan orang-orang yang sangat istimewa. Kita semua pun sama juga suatu hari nanti pasti akan 'pergi’.

Saya harap kita semua dapat pergi dengan cara yang elok sama seperti arwah-arwah sahabat saya," katanya.

Setelah 25 tahun tidak mengadakan konsert solo di Malaysia, penyanyi lagu popular Sempurna & Terbaik itu kembali menghiburkan peminat dengan himpunan lagu popular dan lagu barunya.

Antara lagu yang disampaikan adalah Adinda, Kerna Sayang, Tunggu Kamu, Ini Ceritaku, Salam, Ya Allah, dan Ulangtahun.

Dalam konsert yang berlangsung hampir tiga jam itu, Lah menyanyikan lagu ‘Di Pintu Syurga’ nyanyian asal Dayang Nurfaizah yang telah diolah semula sebagai dedikasi khas kepada rakan industri iaitu Siti Sarah dan juga Adibah Noor.

Konsert 25YearsLahAhmad turut menampilkan penyanyi undangan seperti kumpulan nasyid Inteam, menerusi lagu Salam dan juga Kasih Kekasih serta penyanyi rap Shazzy dengan lagu Kenapa.

Lebih dari 1,000 pengunjung telah hadir menyaksikan konsert solo Lah Ahmad yang berlangsung selama dua hari, iaitu 28 & 29 Januari yang lepas.

27 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page