• Nadi Bangi

Langgan GRO Menggunakan Whatsapp Pada Musim PKPB

Oleh : Shafiq Haizad

Penyunting : Sharifah Sofeena

Sumber : Google

PUCHONG, 11 Nov - Sebuah premis yang dikenali sebagai Playboy 28 di Bandar Puteri telah menjalankan aktiviti pelacuran melibatkan warga asing apabila menawarkan khidmat seks hanya menerusi aplikasi WhatsApp khususnya kepada pelanggan-pelanggan tertentu dan ia merupakan modus operandi terbaru untuk mencari keuntungan pada musim PKPB.

Apa yang mengejutkan adalah apabila premis ini menggunakan aplikasi WhatApp yang digunakan oleh majoriti rakyat Malaysia pada setiap hari dalam kehidupan seharian, tetapi aplikasi ini telah disalah guna dan dijadikan medium untuk menjalankan perniagaan yang berlandaskan kemaksiatan dengan menawarkan harga perkhidmatan seks yang agak sederhana dan boleh dikatakan mampu untuk dilanggani.

Nadi Bangi telah merujuk di akaun Youtube MKL Crimedesk menerusi kandungan dalam video yang berdurasi selama 2:31 minit tersebut. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Polis (ACP) Razali Abu Samah berkata, kegiatan tersebut berjaya dibongkarkan daripada hasil laporan penduduk setempat yang meragui tentang kegiatan premis tersebut.

“Serbuan yang dilaksanakan pada jam 8.00 malam tadi menahan 2 lelaki Cina sebagai pengawal peribadi atau dikenali sebagai bapak ayam, 4 perempuan Thailand, 2 perempuan Indonesia dan juga 2 perempuan Vietnam dan ketika itu mereka masih menunggu pelanggan untuk mengurut di samping menyediakan khidmat seks”. katanya ketika melakukan serbuan malam tadi.

Hasil daripada serbuan polis, mereka telah menemukan bukti-bukti seperti 21 keping kondom berjenama Green Love, sekeping tisu Super Magic, beberapa botol pelincir berjenama Shew Lubrican Gel dan beberapa barang dikhususkan untuk melakukan kegiatan seks.

Menurut Razali, premis ini meletakkan harga sebanyak RM150 hingga RM200 sahaja untuk seorang pelanggan bagi melepaskan nafsu mereka.

Nadi Bangi merujuk laman web Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia dan telah mendapati bahawa wanita yang bekerja di permis tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 39 (b) Akta Imigresen 1959/63 kerana melanggar syarat pas, permit atau pas sempadan boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali manakala siasatan terhadap dua penjaga premis warga tempatan pula mengikut Seksyen 55(B)(1) Akta Imigresen 1959 iaitu akta yang sama kerana membayar gaji warga asing tanpa permit boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang RM10,000 tetapi tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan atau kedua-duanya sekali bagi setiap orang pekerja yang diambil.

102 views0 comments

Related Posts

See All