Penulis: Kogileswary
Penyunting: Danial Haziq
Sumber: “Screenshot” dari laman web Unifi TV
KUALA LUMPUR, 18 Mei- Telekom Malaysia akhirnya mengumumkan untuk melancarkan perkhidmatan penstriman popular, Disney Plus Hotstar dengan kerjasama syarikat Walt Disney mulai 17 Mei 2022.
Menurut Telekom Malaysia, semua pengguna Unifi Home 100Mbps baharu, termasuk mereka yang mempunyai pakej seperti Varnam Plus, Aneka Plus dan Ruby Plus, akan mendapat akses percuma selama enam bulan melalui platform Unifi TV.
Pakej 100Mbps berharga RM129 sebulan dan RM159 hingga RM189 untuk pelan yang termasuk Unifi TV.
Pelanggan Ultimate Pack baharu mendapat akses percuma ke Disney+ Hotstar, serta tiga lagi aplikasi, antaranya beIN Sports Connect, SpoTV Now dan BBC Player.
Untuk mengaktifkan aplikasi penstriman yang digabungkan, pelanggan yang layak perlu pergi ke tapak web Unifi.
Pelanggan yang layak boleh melanggan Disney+ Hotstar pada harga RM16 sebulan melalui pek TV Unifi. Pengguna boleh mendapatkan maklumat tentang pek TV Unifi mereka pada bil bulanan atau penyata pengebilan mereka. Mereka juga boleh mendapatkan maklumat menggunakan aplikasi Myunifi atau melayari portal Unifi.
Bagi mereka yang tidak biasa dengan pakej tersebut, pada asasnya ia adalah pakej TV unifi paling tinggi di sekeliling kerana ia menyediakan akses kepada saluran dan aplikasi penstriman yang tergolong dalam Unifi TV.
Pakej ini berharga sebanyak RM60 sebulan dan pelanggan unifi yang sudah mendaftar untuk pakej ini juga akan dibekalkan dengan Unifi Plus Box.
Pelanggan unifi Home yang tidak melanggan mana-mana pakej TV unifi juga boleh mendaftar untuk Disney+ Hotstar walaupun harganya masih RM54.90 untuk 3 bulan yang merupakan harga standard untuk perkhidmatan tersebut.
Comments