top of page
  • Writer's pictureNadi Bangi

Langkah-langkah Untuk Mengatasi Masalah Kesihatan Mental Dalam Golongan Belia Malaysia Ekoran Traged

Wartawan: As Nurul ‘Ainaa Awanudin

Penyunting: Shirly Low Shi Li

Sumber Visual: Global Times

Pada 14 Oktober 2019, Sulli ditemui mati di kediaman rumahnya di Seongnam, Korea Selatan oleh pengurusnya. Pengurus Sulli dikatakan menyinggah ke kediaman rumah Sulli apabila Sulli tidak menjawab panggilan telefon. Hasil siasatan polis mendapati bahawa tiada unsur jenayah yang berlaku di kediaman rumahnya serta nota bunuh diri juga tidak ditemui. Ramai peminat Kpop memberi spekulasi bahawa Sulli mati bunuh diri akibat menghidapi masalah kesihatan mental serta tidak mampu menghadapi cemuhan, herdikan dan kritikan pedas di media sosial akibat gaya hidupnya yang ‘bebas’.

Dunia Hallyu dikejutkan dengan tragedi yang menimpa pada bintang Kpop, Choi Jin Ri atau dikenali sebagai Sulli yang merupakan bekas ahli kumpulan Kpop yang amat popular di seluruh Asia, kumpulan f(x). Sulli sering menjadi mangsa buli siber akibat gaya hidupnya yang amat berlainan dengan masyarakat Korea seperti memuat naik gambar yang tidak memakai baju dalam di media sosial, bercinta secara umum dengan penyanyi Choiza dan menceritakan isu kesihatan mental dalam media Korea melalui video muziknya, Goblin. Isu kesihatan mental merupakan isu “taboo” di Korea Selatan. Dengan kehidupan Sulli yang begitu liberal, maka tidak hairanlah Sulli sering menjadi mangsa kritikan dalam media sosial di seluruh dunia.

Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, hampir setengah juta rakyat Malaysia didapati mempunyai simptom tekanan atau depresi. Kebanyakan rakyat Malaysia yang menghidap tekanan atau depresi adalah golongan muda. 424,000 rakyat Malaysia yang mengalami kesihatan mental adalah terdiri daripada kanak-kanak. Tiga per empat daripadanya telah dikesan simptom kesihatan mental pada usia pertengahan 20-an manakala selebihnya telah dikesan pada usia 14 tahun. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah merekodkan bahawa 465 kes cubaan bunuh diri telah diambil pada bulan Januari sehingga Jun 2020. Statistik Befrienders Kuala Lumpur pula menunjukkan bahawa terdapat peningkatan panggilan telefon yang diterima oleh rakyat Malaysia yang mengalami kesusahan dan ingin bunuh diri pada bulan Julai, Ogos dan September 2020.

Dengan peningkatan statistik sebegitu rupa ini, maka tidak hairanlah bahawa penyakit kesihatan mental akan penyakit kedua tertinggi di Malaysia pada tahun 2020. Saban tahun, kita melihat golongan muda Malaysia sering meluahkan perasaan mereka dalam media sosial tentang kesusahan mereka dalam menghadapi penyakit kesihatan mental ini. Ada di antara kalangan mereka tidak tahu cara untuk menghadapi penyakit tersebut ekoran persepsi negatif masyarakat awam yang sering beranggapan bahawa penyakit kesihatan mental adalah untuk orang yang lemah dalam pegangan agama. Dari pupukan persepsi negatif tersebut, golongan muda yang menghidapnya berasa takut dan resah untuk meminta bantuan pakar daripada psikriatri akibat persepsi tersebut.

Ekoran tragedi kematian Sulli, ramai rakyat Malaysia sudah mula bersuara akan kepentingan kesihatan mental di media sosial. Sektor kesihatan juga sudah memberi pendidikan awal kepada orang awam tentang kepentingan kesihatan mental dan langkah pencegahan masalah kesihatan mental. Persoalannya, apakah langkah-langkah untuk mengatasi masalah kesihatan mental dalam golongan belia Malaysia?

Langkah-langkah untuk mengatasi masalah kesihatan mental dalam golongan belia Malaysia ialah mengamalkan gaya hidup sihat seperti pengambilan makanan seimbang, minum lapan gelas air dalam sehari, tidak menghisap rokok dan dadah serta bersenam tiga kali seminggu. Dengan mengamalkan amalan gaya hidup sihat, kesihatan mental dan fizikal lebih terjamin. Selain itu, bergaul dengan rakan-rakan yang boleh membawa manfaat serta mampu memberi sokongan emosi. Dengan adanya seorang rakan yang boleh dipercayai, kita dapat meluahkan perasaan yang lama pendam serta mendapatkan sokongan emosi daripada rakan agar emosi negatif dapat dikeluarkan dari tubuh badan kita. Seterusnya, lepaskan tekanan anda dengan melakukan aktiviti yang disukai seperti bermain permainan video, mendengar muzik, menari, melayari internet dan sebagainya. Tetapkan matlamat anda agar anda tidak tersasar dari lembah kehidupan. Dengan adanya matlamat, kita lebih fokus dengan perancangan hidup yang dilakukan serta berazam untuk mencapai cita-cita yang diidamkan. Bantuan pakar seperti kaunseling juga boleh diminta sekiranya anda tidak mampu untuk menghadapi masalah kesihatan mental.

Konklusinya, berdasarkan tragedi kematian Sulli, kesihatan mental amatlah penting kepada kehidupan masyarakat seharian kerana ia akan memberi impak kepada kesihatan fizikal kita. Sokongan sosial juga amat penting untuk kita sentiasa berinteraksi antara satu sama lain serta memberi sokongan emosi. Dengan mengatasi masalah kesihatan mental, lahirlah masyarakat Malaysia yang sihat dari segi fizikal mahupun mental.

8,446 views0 comments

コメント

5つ星のうち0と評価されています。
まだ評価がありません

評価を追加
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page