Nadi Bangi
Lanjutan Tempoh PKPB Dianggap Peluang Bagi Penghantar Foodpanda Jana Pendapatan
Wartawan : Harith Ashyraf
Penyunting : Rafaeil Bahari

Sumber : Bernama
KULIM, 16 Nov – Biarpun PKPB dilanjutkan terus selama empat minggu di kebanyakan negeri dan kawasan Semenanjung selepas diumumkan tempoh hari, namun semangat ‘rider’ Foodpanda tidak pernah luntur untuk terus menggunakan peluang ini bagi menjana pendapatan walaupun terpaksa berdepan dengan risiko kemalangan jalan raya setiap hari.
Bandar Kulim yang kini membangun pesat sebagai bandar perindustrian menjadi tumpuan untuk mereka yang bergelar penghantar makanan meraih punca rezeki serta sumber pendapatan di pasca Covid-19 berikutan peluang yang tinggi serta sambutan yang memberangsangkan daripada pelanggan dan masyarakat.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum ini berkata, negara tidak boleh terus kekal dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) memandangkan jumlah jangkitan baharu COVID-19 terus mencatatkan peningkatan dan PKPB akan diadakan semula selama empat minggu berterusan di kebanyakan negeri dalam Semenanjung.
"Hakikatnya, peningkatan bilangan kes baharu jangkitan COVID-19 telah mendatangkan kebimbangan serta keresahan dalam kalangan rakyat. Oleh itu, kerajaan telah mengambil pendekatan yang lebih tegas untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula dari 9 November sehingga 6 Disember di semua negeri dalam Semenanjung kecuali Kelantan, Pahang dan Terengganu”, kata Tan Sri Muhyiddin Yaasin, yang dipetik dari sumber Berita Harian.
Nadi Bangi sempat mengubungi pekerja Foodpanda yang menyatakan bahawa kepuasan pelanggan adalah keutamaan mereka biarpun ada diantara rakan yang pernah terlibat di dalam kemalangan jalan raya dan bergelut dengan cuaca tidak kira siang dan malam demi mencari rezeki.
“Ada sahaja kita dengar tentang rakan seperjuangan kita yang terlibat dengan kemalangan jalan raya walaupun tidak meragut nyawa tetapi, cabaran tersebut diambil sebagai peluang untuk kami terus kekal mara kehadapan sebagai seorang penghantar makanan di kawasan ini”, menurut Iqmal Mazlan 24, yang juga mahasiswa jurusan undang - undang di salah sebuah IPTA.
Afiq Danial, 24, juga mengatakan bahawa sambutan Foodpanda yang terus – menerus dan hangat daripada pelanggan di daerah ini menjadikan ia sebagai satu motivasi untuk mereka terus keluar berkerja biarpun berdepan risiko Covid-19 dan PKPB sekalipun.
“ Kebiasaannya saya akan keluar pagi dan pulang pada malam hari bagi membantu menghantar makanan kepada mereka di musim yang dianggap getir ini kerana semangat untuk meraih pendapatan melalui platform Foodpanda tidak pernah luntur dan sudah pasti begitu juga dengan ‘rider-rider’ yang lain” , katanya ketika dihubungi.
Menurut seorang lagi penghantar Foodpanda Ameer Faeez 23, rata – rata di kalangan mereka berjaya memperolehi lebih kurang dua puluh hingga ke tiga puluh pesanan makanan setiap hari. “ Kami akan berkumpul di kawasan-kawasan tumpuan dimana pesanan kerap diterima daripada lokasi tersebut yang menjanjikan hasil yang lumayan dan berbaloi ”