Oleh : Lingesh Kumar
Penyunting : Mathuumitha G. Ragawan
Sumber: Instagram NST
BANGI, 2 Dis – Susulan laporan dari akhbar “New Straits Times” (NST) yang memaparkan gambar berunsur perkauman bertajuk Help Minimise Threat to Society telah menimbulkan ketidakpuasan dalam kalangan masyarakat.
Laporan tersebut yang menceritakan tentang seorang lelaki India yang didakwa membeli minuman keras adalah tidak tepat ia sekaligus telah mengundang permohonan maaf dari agensi berita tersebut. NST juga telah mengambil tindakan untuk menukar gambar tersebut serta merta.
Isu ini telah menimbulkan persoalan tentang etika kewartawanan khususnya dalam aspek menjaga sensitiviti kaum dalam negara ini. Pihak Nadi Bangi telah mendapatkan pandangan daripada beberapa pelajar Komunikasi Media dari Universiti Kebangsaan Malaysia tentang isu ini.
Muhammad Fitri Azman, 22, “Pada pandangan saya, apa yang dilakukan atau yang dipaparkan oleh NST hanya nampak sebagai satu kecuaian.” dan Fitri berkata lagi, “Saya rasa ianya tidak ada apa-apa unsur berbau perkauman.”. “Jika lihat pada pengumuman yang diberi oleh NST itu sendiri pun agak munasabah dan logik dan ianya tidak menjadi masalah kepada mana - mana pihak”.
. Sumber: NST
Selain itu, Muhammad Aiman Shaharudin, 22, “Saya merasakan ia perkara yang harus diambil berat kerana sebagai media kita perlu cuba mengeratkan perpaduan maka bukanlah menyentuh perasaan perkauman di kalangan masyarakat majmuk ini”.
“Saya rasa sebagai pelajar media kita haruslah bertanggungjawab dalam menyampaikan fakta yang benar dan tepat” katanya.
Sumber: NST
Seterusnya, Ravi Varma A/L Muniyandi, 25, “Ini adalah contoh tindakan yang tidak bertanggungjawab oleh media dan artikel mengenai ancaman pengambilan alkohol di negara kita dengan risiko yang perlu ditangani. Berita itu juga merangkumi statistik tetapi mengapakah mereka perlu menggunakan gambar ini secara khususnya, adakah mereka berusaha untuk menerapkan bahawa orang India di Malaysia menjadi masalah di sini?
Tidak, tetapi itulah akan menjadi pandangan orang ramai dan fikiran mereka yang berfikiran sempit. Bagi mereka yang tidak mengetahui semua etika di media sepatutnya, mereka akan mentafsirkan gambar ini sebagai isu utama berita. Gambar tersebut hanya menunjukkan pak cik seseorang rakyat Malaysia yang membeli barang runcit dari kedai tetapi mengapa gambar ini khususnya?
Setelah diberi komen di media sosial, ramai orang menunjukkan rasa kesal mereka terhadap isu ini. Kenyataan media dari NST menunjukkan permintaan maaf dan mengatakan itu adalah kesalahan pengarang serta mereka akan mengubah gambar tersebut menjadi sesuatu yang umum. “Jika ini dicetak dalam surat khabar, bayangkan idea yang akan diterapkan ke dalam fikiran orang dan tidak kira berapa banyak protes yang akan dilakukan nanti. Hal ini akan menyebabkan masyarakat salah tafsir isu ini maka media harus berjaga-jaga dalam menyampaikan apa-apa berita. Media memainkan peranan yang besar dalam mempengaruhi fikiran masyarakat maka mereka harus bertanggungjawab dalam apa-apa yang mereka melakukan.” katanya.
Comments