• Nadi Bangi

Larangan Merokok Di Tempat Awam Diendahkan Mampu Mengundang Padah


Oleh : Harith Ashyraf

Penyunting : Ahmad Rafaeil

Sumber : Harian Metro


Masihkah anda ingat bahawa Kementerian Kesihatan pernah cuba melaksanakan kempen baharu iaitu pengharaman merokok di restoran terbuka dan gerai makanan dalam usaha untuk mengurangkan kesan berisiko asap rokok kepada golongan bukan perokok ?


Senario perokok-perokok yang membakar rokok mereka di tempat orang ramai seperti kedai makan terbuka sudah tidak asing lagi di negara ini sehingga ada yang mengendahkan amaran larangan merokok. Setakat ini, masalah ini masih belum selesai sehingga mendatangkan rasa kurang selesa oleh pengunjung lain di kedai makan dengan kehadiran asap rokok mereka.


Dalam satu kajian survei, dianggarkan bahawasanya 66.7 peratus remaja dan dewasa di Malaysia terdedah kepada udara yang dicemari oleh asap rokok sekurang-kurangnya di satu tempat umum. Dengan rekod analisis yang begitu tinggi ini, sememangnya telah terbukti bahawasanya golongan yang tidak bersalah seperti golongan yang tidak merokok dan kanak - kanak di negara ini begitu teruk terdedah kepada asap rokok yang beracun ini.


Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pernah melaksankan peraturan baharu bahawa sesiapa yang merokok di tempat awam akan dikenakan denda dan kompaun akibat laporan orang awam berkenaan asap rokok yang mencetuskan rasa tidak selesa.


Bagi perokok, sudah tentu mereka begitu jelas bahawa tabiat mereka ini sememangnya akan menjejaskan kesihatan dengan mengundang kepada pelbagai masalah penyakit yang merbahaya. Namun, tidak ramai yang jelas akan bahaya asap rokok yang dihembus mampu memberikan risiko yang lebih tinggi terhadap mereka yang tidak merokok.


Asap rokok ini menyebabkan golongan bukan perokok secara tidak langsung turut menghirup asap yang mempunyai lebih 4,000 bahan kimia. Daripada jumlah tersebut, 250 telah dikelaskan sebagai bahan beracun kasinorgenik dan 63 mampu memberi risiko kanser.

Tabiat juga menjadi faktor utama dimana perokok – perokok tegar terus ingkar akan arahan yang dikeluarkan demi megutamakan kepuasan semata – mata tanpa memikirkan susasana di sekeliling yang mengganggu ketenteraman awam.


Perkara ini amat menyedihkan apabila perokok-perokok di negara ini tidak mengendahkan peraturan larangan merokok di tempat awam sekaligus mereka turut mengancam nyawa perokok pasif.


Nadi Bangi sempat memetik kenyataan Harian Metro oleh Dr Aminuddin, Pakar Kesihatan berkenaan isu ini yang menyatakan bahawa udara yang telah tercemar oleh asap rokok ini mampu menyebabkan bahan kimia yang beracun meresap ke dalam tubuh perokok pasif dengan lebih cepat terutama pada paru-paru mereka.


“Asap rokok yang telah terbukti mempunyai bahan kimia membahayakan ini sudah tentu akan memberikan kesan yang teruk keatas orang dewasa yang lebih terdedah kepada penyakit bronkitis dan radang paru-paru.


“Bayi dalam kandungan akan terdedah kepada risiko kurang berat badan atau masalah sindrom kematiam bayi mengejut. Kesan terhadap kanak-kanak pula ialah risiko masalah pernafasan seperti asma dan juga jagkitan kuman di dalam telinga”, kenyataan beliau yang dipetik dari Harian Metro.


Mengulas lanjut, asap rokok ini akan menyebabkan pembuluh darah perokok pasif mengeras lebih cepat sebanyak 20 ke 30 peratus berbanding daripada mereka yang kurang terdedah dengan asap rokok dan ini akan menyebabkan jantung mereka susah untuk mengepam darah dan zat yang diperlukan oleh seluruh tubuh badan kerana pembuluh darah mereka telah menjadi sempit.


Ditanya sendiri kepada seorang perokok dan netizen Syukri Mazli 23 mengenai apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh perokok sekiranya berada di tempat awam untuk mengelakkan daripada udara yang telah tercemar dengan asap rokok, beliau mengulas bahawa hanya persekitaran yang 100 peratus dijamin bebas daripada asap rokok sahaja akan melindungi kesihatan golongan bukan perokok.


“Mengambil langkah seperti,merokok sendirian di tempat yang agak jauh daripada orang lain, dan mematuhi tanda larangan merokok adalah lebih baik serta tidak menggangu ketenteraman orang awam,” ulas beliau.

33 views0 comments

Related Posts

See All