top of page
  • Writer's pictureFarena Hani

Lebih 30 Ribu Masalah Kes Cerai Berjaya Diselamatkan Pada Tahun 2021

Penulis: Farena Hani

Penyunting: Haisya Hurairi

Sumber: Google


BANGI, 2 Jun - Kes perceraian di Malaysia setakat tahun 2021 adalah sebanyak 45, 420 kes dengan 38, 254 kes telah berjaya diselesaikan dan ini berkaitan dengan masalah perhubungan antara pasangan yang berpunca daripada isu-isu seperti tiada persefahaman antara pasangan, faktor kewangan dan campur tangan keluarga yang menyebabkan perselisihan faham antara pasangan semakin mendalam.


Sumber: Twitter


Nadi Bangi sempat menemubual Kamalia Kamal, atau lebih dikenali sebagai Kak Kay, seorang penulis dan influencer, di Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) tentang masalah perhubungan, cara untuk mengelakkan sesuatu pergaduhan daripada melarat dan nasihat bagi mereka yang sedang mencari pasangan.


Kak Kay menyatakan masalah perhubungan boleh berpunca daripada hilangnya kepercayaan kepada pasangan yang boleh berpunca daripada trauma hubungan silam, ibubapa yang selalu melontarkan kata-kata tidak membina kepada individu, dan pengaruh sosial media secara tidak langsung meninggalkan kesan.


“Bagi individu yang hilang kepercayaan kepada pasangan mereka, ini boleh berpunca daripada trauma dalam perhubungan yang lepas. Individu ini mungkin ada pengalaman seperti ditipu oleh pasangan dan ini memberi kesan kepada mereka.


“Seterusnya, sepanjang zaman kanak-kanak mereka, ibubapa banyak memberikan kata-kata yang (mereka) tidak percaya kepada anak-anak. Kata-kata ini akan menyebabkan mereka hilang kepercayaan bukan sahaja kepada pasangan, namun juga kepada diri sendiri.


“Yang ketiga, banyak pengaruh sosial media. Apabila kawan-kawan mereka ada sesuatu isu dalam perhubungan mereka dan perkara ini didedahkan di sosial media, ianya memberi kesan kepada hubungan (individu),” katanya.


Kak Kay turut memberikan petua untuk mengelakkan pergaduhan daripada melarat. Dengan mengenali diri sendiri dan diri pasangan secara mendalam, disertakan dengan komunikasi yang berkesan, tidak mustahil konflik dapat dielakkan untuk membina hubungan yang sihat.


“Petua untuk mengelakkan pergaduhan ini, saya akan beri satu sahaja. Kita perlu mengenali diri sendiri dan mengenali pasangan dengan lebih mendalam. Dengan mengetahui karakter, perkara yang mereka utamakan, cara pasangan kita berfikir, dan cara pasangan membuat keputusan, kita akan tahu apa yang perlu dan tidak perlu dikatakan untuk mengelakkan berlakunya konflik. Konflik berlaku kerana tiada titik persamaan antara pasangan dalam sesuatu hubungan. Oleh itu, kenali dulu diri sendiri dan diri pasangan,” katanya.


Nadi Bangi turut meminta nasihat daripada Kak Kay buat individu yang sedang mencari pasangan. Setiap individu perlu belajar untuk menerima kekurangan dan kekuatan yang ada dalam diri setiap individu, mewujudkan senarai perkahwinan idaman dan menuntut lebih banyak ilmu sebelum mencari pasangan agar hubungan yang dijalinkan mempunyai garis panduan dan tujuan.


“Satu, belajar menerima kekurangan. Dua, belajar menerima kekuatan. Kenali diri sendiri dan yang terakhir, tambah ilmu sebelum anda cuba mencari pasangan dalam kehidupan,” katanya.


Bagi mereka yang sudah berada dalam hubungan, tujuan utama yang perlu dicapai adalah mendekatkan diri kepada-Nya kerana semua perkara yang dilakukan boleh memberikan kebahagiaan sekiranya kita melakukannya untuk mendapat keredaan.


13 views0 comments

Related Posts

See All
Nadi Bangi Banner Post (3).png
bottom of page